ADSENSE

Jumaat, 29 April 2016

Kek Lapis Seri Kinabalu

Bereksperimen lagi!
Dapatlah hasilnya.... Kek Lapis Seri Kinabalu.
Abadikan kenangan dalam sebuah resepi setelah 3 kali daki Gunung Kinabalu... ahaks!
Dan...kek ini juga didedikasikan penuh istimewa untuk teman-teman tersayang di negeri di bawah bayu!

 Alhamdulillah...
Dapat tambah lagi satu koleksi resepi kek lapis.
Kali ini idea datang bersama kenangan di kaki dan di puncak Gunung Kinabalu!

 Kek Lapis Seri Kinabalu ini kita bubuh rasberi fruit filling di bahagian bawahnya supaya ada warna tanah atau bumi yang melambangkan kaki gunung, manakala lapisan keduanya yang berwarna hijau itu kita bubuh kiwi fruit filling. Bila kawan-kawan kita makan, mereka tanya... apa yang rasa macam biji-biji tu... kita kata, itulah kiwi fruit filling. 

Jom tengok resepinya. Kali ini kita gunakan 15 biji kuning telur dan 5 biji putih telur. 

Bahan-bahan:
5 biji putih telur
15 biji kuning telur
100 gram gula kastor
400 gram mentega
200 gram tepung hong kong
20 gram ovallete
300 gram susu pekat manis
200 gram raspberry fruit filling
200 gram kiwi fruit filling
Setitik pewarna biru
Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.
Cara:

Cara:
1. Pukul mentega bersama gula kastor dan ovallete sehingga sebati. Ketepikan.
2. Pukul putih telur sehingga berbuih.
3. Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul sehingga menjadi pekat dan berkrim.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul bersama gula kastor dan ovallete tadi ke dalam adunan
4. Bahagikan adunan kepada 4  bahagian iaiti A, B, C dan D.
5. Untuk bahagian A, tambahkan raspberry fruit filling, manakala bahagian B tambahkan kiwi fruit filling. Tambahkan titisan pewarna biru untuk bahagian C, manakala bahagia D biarkan begitu sahaja tanpa sebarang warna.
6. Ambil dua senduk adunan raspberry fruit filling dan ratakan di atas Loyang kek. Bakar menggunakan api atas dengan suhu 200’C selama 10 minit .
7. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek. Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
8. Tambahkan satu lagi lapisan untuk raspberry fruit filling, teruskan dengan dua lapisan adunan kiwi fruit filling diikuti dengan adunan berwana biru dan akhir sekali dua lapisan adunan tanpa.
9. Setelah selesai membakar lapisan adunan tanpa warna, ulangi lagi dengan lapisan raspberry, kiwi dan seterusnya.
10. Setelah membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 140’C dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.


Macam biasalah...
Dah siap melapis, kita pun kenalah cari tukang mamamnya....hihihiii...
Kita bawa Kek Lapis Seri Kinabalu ini ke sekolah.... alhamdulillah...licin!
Adapun Kek Lapis Seri Kinabalu ini pernah tersiar dalam Majalah SAJI Edisi April 2016.

Tiada ulasan: