ADSENSE

Selasa, 26 April 2016

Kambing Golek di Bayu Bistro Sri Perdana

Kereta masuk workshop! Hmmm... terpaksalah tumpang anak-beranak pergi balik sekolah dengan Encik Suami. Bila kereta tak siap dibaiki, kami pun cari tempat untuk isi perut. Golek- golek-golek akhirnya tergolek di Bayu Bistro Kambing Golek! Dah tergolek di sini redah jew laaa...

Dah ada namanya kambing golek kita pun cubalah set kambing goleknya tu! Kambingnya lembut, empuk tapi agak manis bagi kita laaa...  kalau ada sosnya yang 'tersendiri' lagi mengancam kot! He he heeee... tetiba teringat kambing bakar di Meru! 

 Semua pakat order jus buah-buahan.

Ini Fuad punya... nasi putih dengan peha ayam golek.

Ini Fairuz punya pesanan... nasi ayam dengan ayam golek... naaa semuanya, main golek-golek laaa... Encik Suami pun pesan nasi ayam golek jugak! Kita jew sorang yang nak rasa kambing golek!

Set Kambing Golek : RM20.00 Yang lain tak ingat harganya sebab kelam kabut nak keluar nak ke bengkel tengok kereta!

3 ulasan:

Acik Erna berkata...

oo ayam golek pun ada ye Ame..ingat kambing je.

Rinna berkata...

sedap plak tgk kambing golek tuh.. :)

Amie berkata...

Acik...
semuanya tergolek2 dalam pinggan :D

Rinna,
golek tak bertulang :D