ADSENSE

Sabtu, 9 April 2016

Ikan Kerapu Kukus Tiga Rasa

Alhamdulillah...
Abang Farid selamat mendarat di Lahad Datu petang tadi.
Anakanda sulung kami ini suti pertengahan semester selama seminggu.
Sekarang sedang tidur dalam biliknya.
Agaknya penatlah tu seharian naik kapal terbang.
Apa pun petang tadi, kami sempat makan bersama. Sukanya Abang farid bila nampak ayam goreng berempah dan ikan kerapu kukus berwap-wap di atas meja makan!

Alhamdulillah.
Anak-anak kata sedap! Cukup kot 3 rasanya tu... masam, masin, manis... pedas?
Jom tengok resepinya.

Bahan:
1 ekor ikan kerapu - ikan kerapu kami seberat 1.2 kg 
1 sudu besar sos ikan
3 cm halia - hiris halus

Bahan sos:
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
10 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu kecil perencah cukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan 200 ml air
2 sudu besar minyak

Bahan hiasan:
hirisan mangga
hirisan lobak merah
hirisan daun bawang

Cara :
1. Bersihkan ikan kerapu - kelar-kelar sedikit dan toskan
2. Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
3. Sementara itu lumur seluruh ikan dengan sos ikan.
4. Susun hirisan halia di atas ikan dan sedikit di dalam perut ikan.
5. Setelah air kukusan mendidih, kukus ikan selama 7 minit.
6. Sementara itu sediakan bahan sos dengan memanaskan minyak dan menumis bawang putih serta bawang besar hingga kekuningan.
7. Masukkan cili padi, sos tiram dan sos cili Thai. Gaul sebati dan kemudian tuangkan air bancuhan tepung jagung.
8. Masak hingga kuah mulai pekat, kemudian taburkan perencah cukup rasa.
9. Buka penutup pengukus dan tuangkan bahan sos di atas ikan.
10. Tutup periuk pengukus selama 5 minit atau sehingga ikan kukus masak.

 Dah habis....
Tinggal tulang ikan.....

Tiada ulasan: