ADSENSE

Jumaat, 8 April 2016

Ayam Panggang Lemon Madu

Jom kita hidangkan Ayam Panggang Lemon Madu untuk seisi keluarga.
Esok atau lusa, pada hari minggu bolehlah jamu keluarga... kalau Amie, cukuplah ayam panggang dengan coleslow dan juga kentang lenyek. Jangan lupa sos lada hitam yang sedap tu...
Bagaimanapun untuk resepi ayam panggang kali ini, Amie tidak sediakan makanan sampingan. Cuma sos lemon sahaja.... maklumlah, pada asalnya resepi ini untuk dimuatkan dalam Majalah SAJI Edisi Ap1il 2016 DI SINI.

Sebaiknya gunakanlah ayam saiz sedang-sedang anggaran 1.5kg - 1.7kg.


Jom kita semak resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar berat antara 1.5-1.7kg – bersihkan dan toskan

Bahan A:
3cm halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar stok ayam pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada putih - ditumbuk
1 sudu besar madu
½ cawan perahan jus lemon
                                 
Bahan B:
1 sudu besar  sos tiram
1 sudu makan stok ayam pekat
2 sudu  besar madu

Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama  8 jam dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan suhu 200’C selama 1 jam.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.
                               
Anak-anak lebih suka cicah ayam panggang dengan sos lada hitam, tapi kita saja jew nak padankan dengan sos lemon.... he he he heee....

4 ulasan:

adda syuhada berkata...

sedap ni klu ratah...

Alia Laila berkata...

Bahagian wing nampak paling sedap !

Alia Laila berkata...

Bahagian wing nampak paling sedap !

choo berkata...

Please translate in English. Thanks