ADSENSE

Selasa, 5 April 2016

Ayam Masak Kurma Pedas : Mommy Masak Apa Pun Sedap!

Sebaik kita melangkah masuk ke dalam rumah, kita terus tanya Fuad. : Dah makan belum?
Fuad jawab : Belum.
Kita buat arahan : Keluarkan ayam dari peti sejuk. Rendam bagi lembut.
Fuad : Masak kari ya Mommy.
Kita tak menyahut. Badan terasa letih. Kita berehat seketika, tapi taklah sampai terlelap.
Tak lama kemudian kita tanya Fuad : Ayam dah lembut ke?
Fuad : Sudah.
Kita pun ke dapur. Masak nasi. Kemudian kita potong-potong dan bersihkan daging ayam. Kita tengok dalam peti sejuk... ada santan kotak lebihan kelmarin. Kita jeling dalam bekas tupperware... nampak pembungkus serbuk kari. Kita pun terus kupas bawang, hiris halia dan kisar cili. Seperti biasa, kita masak main campak-campak. Mana yang ada depan mata itulah yang kita curah dalam kuali.
Segala bahan penumis sudah siap ditumis serta terbit baunya dari atas dapur. Kita tambahkan cili kisar. Kita tumis sambal pecah minyak. Lepas tu kita pun buka penutup tupperwre, keluarkan bungkusan serbuk kari. Alamamaaakkkkk... bukan serbuk kari laaaa.... serbuk rempah kuma! Hmmmm.... nak buat macamana?
Kita pun curahkan sajalah serbuk rempah kurma dalam kuali... perlahankan api dan sebatikan segala bahan tumisan tadi. Lepas tu kita masukkan daging ayam dengan kentangnya sekali. Fuad muncul. 
Mommy tak jadi masak kari laa dik... rupanya rempah kari dah habis. Mommy masak kurma tapi pedas! Cuba rasa sikit...
Kita hulurkan sudu kecil berisi sedikit kuah kepada. 
Mmmmm.... sedap!
Betul sedap? Tak rasa ganjil?
Sedap Mommy! Saya suka. Apa pun yang Mommy masak, masakan Mommy semuanya sedap!


Maka...
Jadilah Ayam Masak Kurma Pedas.

1 kg daging ayam - potong menjadi 10 bahagian
60 gram serbuk kurma
200 ml santan pekat
500ml air
4 biji kentang - kupas - potong 2
1 sudu teh pati asam jawa
5 sudu besar minyak 
garam / gula  / perasa pilihan
1 biji limau nipis - perah jusnya

Bahan kisar:
10 biji cili kering3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia

Bahan penumis:
1 labu bawang besar
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan gaul sebati bersama bahan penumis.
3. Kemudian masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan daging ayam, dan perlahankan api. Masak sehingga daging ayam menjadi layu dan mengeluarkan air.
5. Masukkan kentang dan seterusnya tambahkan air.
6. Masak sehingga daging ayam dan kentang empuk dan kuah menjadi empuk.
7. Masukkan santan pekat.8.Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
9. Akhir sekali tuangkan perahan jus limau nipis.
10. Kacau sekali dua, padamkan api dapur.

MORAL OF THE STORY:
Rasa sedap itu disebabkan rasa kasih sayang di antara ibu dan anak.....





Tiada ulasan: