ADSENSE

Jumaat, 8 April 2016

Amin's Nasi Kerabu Kelate di Lahad Datu, Sabah.

Nasi kerabu memang sudah lama terkenal di mana-mana.
Di Sabah pun, nasi kerabu sudah tidak asing lagi. Banyak penjual nasi kerabu yang terdiri daripada orang Kelantan sendiri (khususnya yang bekerja di Sabah), dan penduduk tempatan yang sudah terbiasa makan nasi kerabu dan akhirnya membuka perniagaan sendiri.
Bagaimanapun, sukar untuk kita temui lauk-pauk nasi kerabu yang pelbagai seperti yang biasa kita lihat, beli dan makan di tempat kita. Di Lahad Datu, biasanya gerai nasi kerabu hanya menyediakan lauk asas sahaja dan hanya ada pilihan seperti ayam goreng berempah atau ikan goreng salut tepung. Sangat ringkas dan kurang meriah.... cakap begini sebab dah terbiasa memilih lauk-pauk yang sedap-sedap kalau membeli nasi kerabu di pasar malam Puncak Alam atau di Seksyen 17 dan juga pasar malam Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (kenangan lalu!)

Minggu lepas Encik Suami minta kita temankan beli cat. Tak tahulah cat apa yang dibeli, sebab kita mengantuk sangat dan tertidur di dalam kereta. sewaktu kereta bergerak meninggalkan kedai cat, kita terjaga dan terpandang Amin'S Nasi Kerabu Kelate. Kita minta Encik Suami perlahankan kereta... dan tiba-tiba perut berasa lapar! Memang pun.... waktu itu hampir pukul 3 petang... kita belum makan tengahari lagi!

Kami melangkah masuk ke dalam Restoran Amin's Nasi Kerabu Kelate. Nampak tertulis beberapa menu yang agak menarik. Kita pun cubalah...

 Encik Suami order nasi kerabu lauk ayam percik

 Hidangan diletakkan di atas pinggan berlapik kertas.

Kita nak cuba nasi dagang.

Nasi dagang berlaukkan rendang ayam!

Sup! Tidak ketinggalan!
Inilah pengenalan atau identiti negeri Sabah... ke mana-mana pun anda pergi, setiap hidangan makanan yang disajikan disertakan dengan semangkuk sup!

 Air mangga..... kita punya.

Ice Lemon Tea... Encik Suami punya.
Semasa Encik Suami membayar harga makanan di kaunter, Encik Suami minta resit, tapi bila kita baca... tidak tertulis sebarang nama makanan. Hanya tertulis : RM23.00 sahaja. Kita pun tak dapat agak berapa harga untuk setiap hidangan yang dipesan.

Kepada yang rindu nak makan nasi kerabu bolehlah berkunjung ke restoran ini untuk menjamu selera. Restoran ini terletak di:

Amin Nasi Kerabu Kelate,
Lot 6, Blok B,
Singa Point,
91119 Lahad Datu, Sabah.

5 ulasan:

Ayu berkata...

Assalam org Sabah...
Harap sihat2 hendaknya... Nasi kerabu memang sedap...
Kita pun suka nasi kerabu...nasi dagang pernah makan tapi yg Terengganu punya...
Kalau kat Singapura ni ada kedai nasi kerabu...memang ku terjah tiap2 minggu...hehehe

Nooriah Abdullah berkata...

nasi kerabu mmg tk boleh tolak dimana saja Mie, nasi dagang pun mcm sedap jugak tu

Nooriah Abdullah berkata...

nasi kerabu mmg tk boleh tolak dimana saja Mie, nasi dagang pun mcm sedap jugak tu

Suzana Ibrahim berkata...

Assalam Amie..tengok nasi kerabu ni terus rasa teringin nak makan,apalagi pagi ni kat Kota Bharu ,bersarapan dengan nasi kerabu la kita.

shidah berkata...

hikss..kan kak Amie..hidang nasi lemak dengan sup......hahaha..