ADSENSE

Jumaat, 12 Februari 2016

Sambal Tumis Telur Pengantin

Walaupun cuti Tahun Baru Cina, tapi kesempatan ini diambil untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Tidak ketinggalan anak buah Amie... selamat diijabkabulkan. Kami turut serta dalam kesemua majlis, baik pihak perempuan mahupun pihak lelaki. Selesai kesemua acara, tiba-tiba teringatlah pula banyak telur pengantin yang kami bawa pulang! Bukan main suka Firdaus makan sebiji demi sebiji... tapi tak juga habis sebab berbiji-biji lagi yang mnasih tersimpan dalam peti sejuk.
Encik Suami kata, cubalah buat sambal!
Wokey... setuju sangat!


Bahan-bahan:
12 biji telur ayam rebus - kupas kulitnya
1 labu bawang besar -- mayang kasar
1 sudu kecil pati asam jawa  - bancuh dengan 1/2 cawan air
1/3 cawan minyak
garam/ gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm belacan

Cara memasak:
1. Goreng telur rebus hingga kuning keemasan - angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dah tumis bahan kisar hingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Tambahkan bancuhan air asam jawa, gara, gula atau perasa pilihan anda.
4. Masukkan telur yang digoreng tadi. Gaul rata.
5. Masukkan bawabg besar dan biarkan seketika sehingga terbit minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.

Makan dengan nasi lomak pun sodap!

2 ulasan:

zila norazila berkata...

Sedapnye kak..lama btul x buat sambal telur..mkn dgn n.lemak mmg sesuai ni..

Amie berkata...

Zila,
musim orang kawin.. banyak dapat telur pengantin.