ADSENSE

Sabtu, 16 Januari 2016

Cuti-Cuti Semporna : Dari Jeti Umum Semporna ke Pulau Bohey Dulang

Pernah melihat pemandangan yang sebegini indah? 

Ini ialah pemandangan pulau-pulau di sekitar Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah. Daun-daun yang merimbun itu pula tumbuh di atas bukit di Pulau Bohey Dulang, tempat para pengunjung berkumpul untuk seketika bagi menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingan!


Lihatlah pelbagai warna alam. Hijau muda... warna air laut yang cetek di persisiran pantai dan warna biru tua apabila anda berada di bahagian laut dalam.

Sekali lagi kami berkesempatan untuk bersama-sama melihat alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Kata sepakat dicapai, seawal pukul 6 pagi kami dijadualkan bertolak dari Tawau ke Semporna. Terima kasih Cikgu Habibi dan Cikgu Alias yang sanggup datang mengambil kami di King Park Hotel. Nampaknya hari masih pagi benar... matahari pun belum muncul. Cikgu Alias bersama kumpulannya mendahului kami yang mengejar dari belakang 50 minit kemudian.

Kami selamat sampai ke Pekan Samporna lebih kurang pada pukul 8 pagi. Jarak di antara Tawau dengan Pekan Semporna lebih kurang 105km sahaja. Ini merupakan kali ketiga Amie menjejak kaki ke bumi Semporna! 1992 dulu sampai ke Pulau Bum-Bum dan Pulau Egang-Egang. 2008 pula bersama Bonda menikmati masakan laut di sini.

Sepanjang perjalanan terasa begitu redup dan nyaman, tapi bila keluar dari kereta.. terasa bahang panas matahari laut... walaupun sekitar pukul 8.30 pagi!

 Selamat Datang ke Semporna Tourisme Ocean Centre.


Dragon In Floating Resort...
Jika berkesempatan bolehlah bermalam di sini.

 In shaa Allah... ada rezeki dan kesempatan, ingin juga merasai pengalaman menginap di atas air.

 Pemandangan di sekitar jeti Semporna.

 Sebelum naik bot laju, eloklah meninjau-ninjau dahulu keadaan di sini.

 Nyamannya ... tiupan angin laut yang semilir!

Pernah sekali makan tengahari di restoran ini ketika Bonda datang berkunjung pada 2008 dulu. Cukuplah makan sekali itu sahaja.... Bukan apa... bagi golongan marhaen macam kami ni memang tak berapa sesuailah makan-makan di sini. Kalau nak juga kenalah bawa RM banyak-banyak .... ahaks!

Kalau nak tengok ikan keratang @ ikan kerapu gergasi, bolehlah melepasi pagar tu... kena bayar RM2.00 sahaja.

 Nampaknya air laut macam memangil-manggil kita untuk terjun ke dalamnya... adeeehhhh!

 Sana sini semuanya air... dalam air.. atau di atas air!

 Bot laju, kecil besar banyak di persekitaran.

Hmmm... kedai cendera kenangan pun baru dibuka.



Ada yang nak kita cari di sini tau....

Mana dia... mana diaa...


 Inikah dia... oh! Bukanlaaa...

Inikah dia? Inikah diaaa....

Yaaa... inilah yang kita cari!
Kita nak beli topi.... panas wooo di pulau tu nanti.

 Sebelum tinggalkan tempat ini, sempat tangkap gambar sinki... tempat cuci tangan daripada kulit kima gergasi!

Wokeh.
Masa untuk belayar ke pulau.


Kami semuanya 9 orang... yang di atas tu hanya 8 orang tak termasuk kita. Nasib photografer amatur memang cenginilah... muka jarang-jarang masuk! Yang tersenyum gembira di hhadapan sekali itu... ketua trip kami, Cikgu Habibi. Di belakangnya Shuan dari Keningau. Belakang Shuan ialah Zaitun, dari Kota Belud. Belakang Zaitun tu Vianey dari Tuaran. Tengah-tengah yang berkaca mata hitam itu Azland dari Ranau. Sebelahnya yang berkaca mata hitam juga, Cikgu Alias dan disebelahnya itu, isteri kesayangannya. Depannya pula Cikgu Majid dari Beaufort.
Kami sewa sebuah bot laju dengan bayaran sebanyak RM500 untuk perjalanan pergi dan balik. Setiap seorang hanya mengeluarkan sebanyak RM55.55 sen sahaja. Kita sangat tahu tu... sebab Cikgu Habibi lantik kita jadi bendahari kutip duit! Pakej kami ini hanya untuk pergi ke dua buah pulau iaitu Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Wang pendahuluan sebanyak RM200.00 dibayar beberapa hari sebelum itu, dan bakinya RM300.00 dijelaskan di atas jeti.

Pelayaran pun bermula... dengan 2 orang pengemudi bot ( di belakang tu... yang tak pakai jaket  oren) serta seorang juru pandu @ pemandu pelancung tempatan (duduk di hadapan kami). Pastikan anda  semua memakai jaket keselamatan sebelum belayar... Bismillah.

 Sempat tangkap gambar ketika bot masih bergerak perlahan.

 Selamat tinggal Semporna... (Alvida.... nyanyi lagu Dilwale ...Janam Janam...ahaks)
Petang nanti kami kembali semula.... (jadi jangan ucapkan alvidaaaa...)

Cantiknya pemandangan air laut yang berombak kecil... putih seperti perak bila terkena sinaran matahari pagi!


Nampak tak beza warna air laut yang hijau dan yang biru itu? 

Di kawasan air laut berwarna hijau itu, bot kami beergerak perlahan... jadi bolehlah tangkap gambar. Tapi bila dah sampai ke kawasan air laut warna biru, bot terus memecut laju. Adeeehhh.... kembang kempis tali perut! Peluk kamera sajalah jawabnya!

Perjalanan memakan masa hampir satu jam. Nampak tak bayang pulau yang ingin kami tuju itu? Bukan pulau yang macam kepala orang sedang tidur... kami akan pergi di bahagian kakinya tu... Pulau Bohey Dulang.

Entri bersambung....


Tiada ulasan: