ADSENSE

Selasa, 5 Januari 2016

Melaka : Menara Taming Sari

Hari kedua kami di Melaka bersamaan pada hari Selasa, 22 Disember 2015.
Tak sabar rasanya nak naik Menara Taming Sari yang asyik diperhatikan dari petang dan senja kelmarin. Teringat pengalaman naik The Tower di Legoland tahun 2013. Itu pun sebab dapat hadiah pakej percutian keluarga sebab menang pertandingan memasak anjuran MAGGI GOOD TO GREAT CAMPAIGN. Agaknya sama juga ke pengalaman berpusing 360 darjah dengan Menara Taming Sari ini.... hiks!

Menara Taming Sari terletak di Bandar Hilir Melaka, bersebelahan dengan Dataran Pahlawan. Dibuka secara rasmi pada tahun 2008, dan menelan kos pembinaan sekitar RM24 juta. Menara ini akan berputar 360 darjah selama 7 minit untuk satu sesi putaran.

Jom... kita ke kaunter tiket.
Tunjukkan MyKad ketika membeli tiket untuk dapatkan potongan harga. Alahai... ketika entri ini ditulis, tak jumpa pulak tiket ... tak dapat nak buat rujukan. (Bukan apa... banyak sangat tiket yang perlu dibeli semasa sesi jelajah Bandar Hilir Melaka ni... jadi adalah yang tercicir tu). Yang kita ingat, Fuad dan Fairuz dikira harga dewasa. Firdaus kategori kanak-kanak. Jumlah bayaran RM45.00. Maknanya dewasa RM10 manakala kanak-kanak RM5.

Bila melihat orang berpusu-pusu di kaunter tiket rasa macam tak sabar pulak nak ikut serta. Kepala pun asyik ikut turun naik melihat putaran menara itu.

Menara Taming Sari merupakan menara berputar jenis Gyro dengan bantuan kepakaran dari Switzerland. 
 Tingginya 110 meter.

Dibuka pada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam. Jadi kalau tak dapat naik waktu siang, bolehlah melihat panorama Bandar Hilir Melaka pada waktu malam.

 Ada pula buah tangan yang dihulur selepas membayar tiket di kaunter. Air mineral.... dan kuih tradisi Melaka, kuih bahulu.

                                                                            
Oh! Ya... ketika kaki melangkah di pintu masuk menuju ke kokpit menara kami ditahan...untuk ambil gambar. Hmmmm.... kami beli juga gambar yang siap berlatar belakangkan panorama Bandar Hilir Melaka (ditunjukkan ketika keluar dari menara) dengan bayaran RM50.00 untuk tiga keping berlainan saiz. Tak nak beli pun tak apa... tak ada paksaan. Tapi Encik Suami nak beli juga.... ikut sajalah.

Kena penuhkan tempat duduk yang disediakan supaya ruangan dapat digunakan sepenuhnya oleh para pelawat.

Sementara menunggu tempat duduk penuh untuk membolehkan menara berputar, kami manfaatkan dengan berkenal-kenalan dengan teropong yang terletak di setiap belakang tempat duduk.

Kesian pulak Firdaus kecik.... Dia faham ke tak faham tu?

Dia toleh kiri kanan... semua sibuk meneropong!

Akhirnya Firdaus pun ambil teropong!

Teropong siapa tu sayang?

Nampak Hang Tuah ke? Atau Alfomsi de Albuquerque?
Tanpa disedari Menara Taming Sari mula berputar perlahan-lahan.... 
Jom kita saksikan pemandangan sekitar Bandar Hilir Melaka dari Menara Taming Sari.
















Entri bersambung.....

Tiada ulasan: