ADSENSE

Selasa, 19 Januari 2016

King Park Hotel, Tawau, Sabah.

Entri terakhir untuk cuti-cuti Malaysia sepanjang bulan Disember 2015. Lepas ni barulah nak mula masak-masak... he he heee..
Kali ini Amie nak kongsikan tempat penginapan di King Park Hotel. Pernah menginap beberapa kali di sini, tapi baru kali ini berkesempatan kongsi paparan. Di antara MB Hotel dan Shervinton Hotel yang pernah  menjadi tempat kami bermalam, nampaknya King Park Hotel menawarkan harga yang lebih rendah termasuk sarapan pagi.

Kedudukan King Park Hotel yang begitu strategik, terletak di Jalan Haji Karim, bersebelahan dengan Kingston Hotel. Tempat letak kereta sangat terhad, nak parking kereta bolehlah ke bahagian belakang, agak tersorok sedikit dan betul-betul terletak di hadapan Restoran Keningau

Banyak hotel lain di sekitar jawasan King Park Hotel termasuk Shervinton Hotel, MB Hotel, Promenade Hotel, De Choice Hotel, Prince Hotel, Heritage Hotel dan lain-lain.

Harganya pun harga 'mampu nginap' dengan sarapan pagi serendah RM10.00 sahaja jika tidak ada kupon. Bolehlah untuk alas perut

 Jom lihat-lihat ruang lobi hotel.



 Ruang makan.


Khidmat pesan makanan ke bilik pun ada... tapi sepanjang kami menginap selama  5 hari di sini pada awal Disember 2015 dan datang lagi menginap 5 malam pada akhir Disember 2015, setiap kali pesan terutama pada waktu malam... katanya tak ada tukang masak! Apa pun kita boleh turun ke bawah dan ada gerai makanan serta restoran di sekitar hotel.

 Bilik 'mampu nginap' kami, Superior Twin :RM130 per/ night.

Kemudahan asas yang disediakan masih dalam keadaan 'klasik"... barangkali inilah sebab harga penginapan di sini agak rendah sedikit berbanding hotel lain.

Hari terakhir kami berada di King Park Hotel, tiba-tiba Encik Suami telefon, katanya sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu bersama Fairuz dan Fuad! Saja jew diorang ni... nak buat kezzutan! Sib baik kita dah mendarat... balik dari Pulau Bohey Dulang di Semporna!

Bermalamlah Encik Suami anak-beranak di sini : Superior Family.

Tiada ulasan: