ADSENSE

Ahad, 17 Januari 2016

Cuti-Cuti Semporna : Pemandangan Indah Dari Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang merupakan salah sebuah daripada 8 buah pulau Taman Marin Tun Sakaran di Sabah dan dikawal rapi oleh Taman-Taman Sabah. Ramai pengunjung yang datang mengatakan tiada kemudahan asas yang disediakan di pulau-pulau ini termasuklah tempat penginapan, restoran dan sebagainya. Sebenarnya Taman-Taman Sabah sedang melaksanakan usaha melindungi dan memulihara kawasan tersebut untuk jangka masa panjang. Hasilnya, tanpa sebarang pencemaran alam sekitar, persekitaran laut termasuk pasir dan airnya yang kelihatan hijau membiru tampak bersih tak tercela! Buktinya, kebanyakan pengunjung mengatakan di sinilah terletaknya segala syurga keindahan alam semula jadi!

Seperti yang Amie janjikan dalam entri sebelum ini DI SINI, Ami paparkan koleksi gambar pemandangan pulau-pulau di sekitar yang diambil dari atas bukit Pulau Bohey Dulang.

Keluasan  keseluruhan 8 Taman Marin Tun Sakaran  ialah 35,000 hektar meliputi 34,046 kawasan laut dan terummbu karang. Manakala keluasan tanahnya pula sekitar 954 hektar.

Selain Pulau Bohey Dulang, 7 lagi pulau-pulau di bawah Taman Marin Tun Sakaran termasuklah Pulau Tetagan, Pulau Mantabuan, Pulau Bodgaya, Pulau Maiga, Pulau Sibuan, Pulau Selakan dan Pulau Sebangkat.

Lihatlah terumbu karang  di pesisir pantai pulau-pulau ini.... lihatlah air lautnya yang hijau membiru! Pandanglah ke atas... tampak awam putih cemerlang! Di manakah lagi tempat di dunia ini yang seindah ini? Maha Suci Allah!

 إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman.” (QS:Al-Jaatsiyah | Ayat: 3)


Terdapat 544 spesies ikan yang hidup di terumbu karang dan pelbagai spesies karang lembut, karang keras, span laut , moluska dan ekinoderma di kawasan ini.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa program memulihara taman-taman ini merupakan Projek Darwin Pulau-Pulau Semporna. Dana yang diperoleh untuk projek ini disalurkan melalui Inisiatif Darwin yang merupakan projek usahasama Taman-Taman Sabah dengan Persatuan Pemuliharaan Marin United Kingdom. Untuk lebih lanjut boleh rujuk DI SINI.


















Sekali lagi yea... ini bukan Pulau Bohey Dulang tetapi pemandangan sekitar Pulau Bohey Dulang yang di ambil dari atas bukit di Pulau Bohey Dulang.


Tiada ulasan: