ADSENSE

Isnin, 23 Februari 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 8) : Pondok Timpohon & Selamat Mendaki

Ada dua laluan dari Sabah Park untuk mendaki Gunung Kinabalu, iaitu melalui Timpohon Gate seperti kami dan satu lagi laluan Mesilau. Sekiranya anda mendaki melalui Timpohon Gate anda hanya mendaki sejauh 8.7km untuk sampai ke puncak manakala melalui Mesilau pula, anda perlu mendaki sejauh 10.7km. Setakat ini Amie belum pernah melalui trek Mesilau, dan khabarnya walaupun lebih jauh 2km berbanding laluan kami, pemandangannya jauh lebih cantik dan menarik. Orang kata lagi, laluannya lebih sunyi dan tidak menegak atau securam laluan Timpohon. Entahlah.... dengarnya lagi, tidak ramai pendaki yang memilih laluan Mesilau sebab dikatakan laluan Timpohon lebih selamat, bersih, mudah dan banyak pendaki yang naik dan turun (berselisih) mengikut laluan ini.

 Tengok tu.... Nano dah tak sabar lagi nak sampai ke Timpohon Gate.


Wokeeyyy.... selamat datang semua!


Kami terus ke tempat sewa tongkat.... malangnya bila tiba giliran Amie untuk menyewa, tongkat pulak habis! Ramai benar pendaki pada hari itu. Selain pendaki tempatan, dan semenanjung, tidak ketinggalan para pendaki dari pelbagai negara lain termasuk Jepun, China dan Eropah.


Wow! bayangkan anda menyertai International Climbathon! Wadeeehhhh.... putus nafas dibuatnya ni kalau cuma ambil masa 2 jam lebih naik turun gunung! Hooo.... ni kena panggil semangat Badang!!! Masha Allah.... hebatnya pendaki-pendaki yang tertera namanya tu yea....

Tiba masanya, kami pun diberi taklimat ringkas oleh salah seorang Malim Gunung kami, Joe. Joe ini juga jadi porter kami, tolong angkut beg... 1 kg harganya RM10.   Amie bawa beg sandang sendiri, untuk isi makanan, air mineral, kamera dan beberapa keperluan lain tapi tumpang sehelai baju sejuk dalam beg kawan yang dibawa oleh Joe, dan bila ditimbang Amie kena bayar RM18. Rasanya beg yang dibawa oleh Joe, yang berisi barang kami itu seerat 10kg, kalau Amie tak silap! Kami kongsi barang dalam satu beg yang akan dibawa naik ke tempat penginapan di Laban Rata.


 Ahli ekspedisi memberi perhatian semasa taklimat diberikan.

Sebelum pendakian bermula, doa dibacakan terlebih dahulu oleh Ustaz Fauzan.... Ya Allah... permudahkanlah urusan kami.... amin....!

 Seterusnya kami menandatangani borang di pintu laluan ....
Dan waktunya pun telah tiba!

  Sedia.....

 Bismillahirrahmanirrahim....
Mulakan dengan langkah kanan.

 Semoga selamat mendaki dan selamat kembali!

 Bersambung.....

Entri berkaitan dengan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu:

CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?


Ahad, 22 Februari 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 7) : Bertemu Malim Gunung & Bertolak ke Timpohon Gate

Ikut pengalaman Amie, urusan pendakian kali ini sangat jauh bezanya jika dibandingkan dengan dulu. Ini disebabkan dahulu, urusan ini di bawah seliaan Taman Sabah, tetapi sejak 2009 pentadbiran beralih ke tangan Sutera Sanctuary Lodges anak Sutera Habour Resort yang bertaraf bulan dan bintang! Dan untuk info lebih lanjut, carilah sendiri... tanya-tanyalah Encik Google ye.


Name tag ini 'nyawa' sementara anda untuk naik dan turun gunung. Kena gantung di leher sepanjang perjalanan.

 Nampak kaki tu .... dah tak sabar nak daki gunung!

Jangan lupa.... bawa tongkat! Kalau tak ada tongkat sendiri, boleh sewa di pintu masuk Timpohon nanti. Amie pun lupa berapa harga sewanya... mungkin RM9 atau RM10, sebab bila nak sewa, bekalan tongkat dah habis!

 Peringatan untuk yang ingin mendaki.

Wokeeyyy... take nothing but photographs!
Bersama salah seorang Malim Gunung (Mountain Guide) merangkap porter di antara empat malim gunung yang lain. Kumpulan kami mempunyai empat orang Malim Gunung. Pastikan Malim Gunung anda memakai name tag mereka sepanjang perjalanan mengiringi anda dari pintu masuk Timpohon sehingga ke puncak dan seterusnya kembali semula ke kaki gunung! Setiap seorang daripada kami dikehendaki membayar tunai RM38 untuk khidmat Malim Gunung. Bayar di pejabat pendaftaran, bukannya bayar terus pada Malim Gunung.

Jom kita beri perhatian.... apa kata ahli ekspedisi sebelum mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara ini.

 Jamasri:
Saya first time daki bila umur dah 4 series... terlambat rasanya... lepas ni tak tau mau naik lagi atau tidak.
Sebenarnya hasrat untuk mendaki gunung sudah lama terpendam, 20 tahun yang lalu....
Tak sangka dapat mendaki dengan rakan Dominic ni... dulu di Silabukan, tahun-tahun mereka mendaki gunung, bila saya first posting... mereka stop pulak... Itulah rezeki namanya!
Bravo!!!!!

 Akmi:
Excited!

 Jill:
Excited sangat bila ada member mencadangkan pendakian Gunung Kinabalu. Dengan spontan saya jawab : Kasi jadi!
Walau pun time tu budget agak kurang memberangsangkan, namun kuconfirmkan jua, biarpun terpaksa berhutang dengan 'along'.
Dah lama memang nak daki gunung tu..Jadi, apalagi! Bila ada peluang, pantang dilepaskan macam mirinda!


 Darwisah:
Rasa berdebar-debar!
Mampukah aku menawan puncak Gunung Kinabalu tanpa stamina dengan usia hampir 4 series nie...

Teruskan juga mendaki dengan yakin atas sokongan orang-orang tersayang.

 Mimie:
Dalam hati kata 'boleh ke aku ni sampai Laban Rata? 6km naik saja betul-betul mencabar!

 Cynthia

 Bellylyn:
Ilham wujud selepas Annual Dinner... bila Cikgu Johnny, Mimie and gang badminton berbalas text. Then timbul pasal isu Kinabalu yang sudah lama dirancang oleh arwah Cikgu Munim. Saya pun terpanggil untuk jadikannya kenyataan. Saya pun call ex.... di SLR. Dia post iklan... dan kita pun pilih tarikh. Pada asalnya Mac... tapi ada yang pm untuk Feb. So bincang dengan arwah and he said, 'wokey, teruskan saja.'
Saya pun masukkan iklan dalam borak dan 19 orang setuju then wujudlah group XPDC Kinabalu oleh Misa.
Mimie dan arwahlah antara orang yang memujuk saya mengikuti XPDC ini, yang pada asalnya hanya untuk merealisasikan impian member. Saya sangat takut pada asalnya sebab pengalaman lalu yang tidak sepertinya. Berbekalkan mau jumpa ex... so saya pun membuat pembayaran.
Sebelum XPDC ... busy mencari bahan. Semuanya canggih.... siap kirim baju sejuk dari Negara China. My mum, memang risau... she knows me best. Syukur dapat training di Gunung Silam dengan gang XPDC. At least adalah persediaan. Tapi masih takut dan bimbang. Saya takut mati... tapi arwah berpesan, dalam rumah pun boleh mati!

Azman:
1. Risau gak.... baru pertama kali nak naik... umur da kategori 4 series.
2. Fitness dan stamina cuma ada pasal main futsal ja.
3. Buat sedikit servay kat internet.

Fauzan:
Ya Allah!
Punyalah tahu... tak sangka tersenarai untuk ke puncak Kinabalu, tapi saya suka menggunakan prinsip 'kenapa orang boleh buat sedangkan kita tak boleh buat'.

Nano:
Seminggu sebelum pergi suka suki ikut kawan training daki Bukit Silam. Puhhhh... semput.... tidak la ni... mungkin dah veteran. Semangat kawan-kawan menggalakkan ikut je walau tiada nama.... (waiting list).


 Amie:
(Meminjam kata-kata arwah Cikgu Munim ketika mula-mula beliau mengajak kami naik gunung) : Pelan-pelan. Sampai atau tidak itu belakang kira. Kita cuba dulu.
 Faiz:
Semangat berkobar-kobar! 

 Anwar Jr:
Semangat berkobar-kobar!

 Pyan:
Hanya mampu berdoa.
Ada perasaan takut dan risau juga.
Tapi yakin dengan Allah saja.

 Ramlee:
1. Masih fobia dengn suhu sejuk kerana takut asma menyerang kembali.
2. 4 hari latihan intensif untuk menaikkan aras metabolisme dan kekuatan otot. Akan tetapi otot tak sempat recover sebelum mendaki....
 Junizam:
Ada kerisauan sebab umur sudah bertambah 5 tahun  (masa first time ke puncak Gunung Kinabalu),  lebih berat dari dulu, dan sakit beberapa hari sebelum naik. Tidak fit!

 Misa:
Berdebar-debar!
Takut tak sampai!

Suderajat:
Dari segi persiapan, fitness tiada langsung sebab baru habis sakit dua minggu (keteguran), tiada bersukan selama sebulan. Persiapan mendaki pun, asal ada. banyak yang tak lengkap.

 Kamsiah:
Actually.... arwah Cikgu Munim yang offer daki gunung, terus list nama. Balik rumah minta izin, diberi pelepasan. Dapat restu suami dan bondaku dulu. Terus semangat nak mencabar diri. Namun jauh di sudut hati tak begitu yakin boleh sampai ke puncak... tawakal.



Pendaki berdaftar.... mendaki dengan izin.
 Bas sedang menunggu kami.... bayaran setiap seorang sebanyak RM9 untuk tambang sudah ditunaikan.

 Bas mula bergerak menuju ke Timpohon Gate tepat pada pukul 8.38 minit pagi.

Kabus yang menyelimuti puncak Kinabalu semakin menipis. Langit kelihatan membiru. Matahari bersinar terang. Ya.... Kinabalu! Kami datang....

Bersambung

Entri berkaitan dengan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu:

CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 6) : Pagi 15 Februari 2015 di Taman Kinabalu

Bertemu kembali dengan sambungan catatan Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu.
Pagi 15 Februari 2015 bersamaan hari Ahad, kami tiba di pintu masuk Taman Kinabalu. Untuk memasuki kawasan ini anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM3 setiap seorang. (Jika anda berminat untuk mengikuti trip mendaki Gunung Kinabalu, sila dapatkan info dari internet. Banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej pendakian di samping pelbagai promosi lain yang menarik.) Terima kasih sekali lagi buat Bell dan juga Misa kerana bersusah payah mengurus pakej pendakian kami.


Kumpulan kami dijangkakan akan bersarapan di Balsam Buffet Restaurant pada pagi ini. Restoran ini terletak di bahagian bawah, dan kenalah menuruni anak tangga untuk sampai ke sana. Sebelum ini, setiap kali datang ke sini, Amie tak pernah singgah atau makan di restoran ini, hanya sekadar duduk-duduk di tepi tangga dan ambil gambar di pintu masuk restoran. Walaupun pernah mendaki sebanyak dua kali sebelum ini, juga tidak pernah berkesempatan masuk ke ruang dalam restoran ini. Wah! Rasa teruja pula kali ini sebab berpeluang untuk menikmati sarapan bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin ada sesuatu yang menarik... maklumlah restoran di kaki gunung, tentu tak tak sama dengan restoran di tempat lain.

Cantikkan pemandangannya! Bumbung restoran di bahagian bawah, dan di belakang sana sudah kelihatan Gunung Kinabalu dalam sinar cahaya matahari pagi.


Intai-intai dulu Balsam Buffet Restaurant dari bahagian atas.

 Jom turun ke bawah....


Ha... dah sampai pun.


Sementara menunggu rakan yang lain tiba, ambil dulu gambar di depan restoran. Besarnya daun keladi! Entah keladi jenis apa....

Kami beramai-ramai masuk ke bahagian dalam restoran untuk bersarapan. Kebetulannya beberapa hari lagi sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung, jadi hiasan dalaman pun tidak mengenepikan unsur tersebut!
Tengok tu.... Akmi dah tak sabar-sabar nak bersarapan... siap tarik kerusi lagi tu!


O'oooo..... rupanya tidak ada sarapan untuk kami!  Kami diberitahu, untuk sarapan pagi kena bayar RM25 seorang. Yang disediakan untuk kami ialah di bawah ini....

 Bungkusan makanan untuk makan tengahari!

 Syukur Alhamdulillah.... 
Jill pun dengan ringan tulangnya membawa kotak makan tengahari kami ke luar!

 Inilah isinya.... Roti sandwich, sebiji epal dan sebotol air mineral!

Apalagi.... masing-masing dengan bungkusan makanan di tangan. Jadi,  bekalan tengahari itu kami pun makan....

 ... sebagai alas perut sebelum mendaki!

Dalam keadaan perut kosong, dan sejuk itu... makan apa pun sodap! Betul tak Ijat? Macam sedap jewww si Ijat tu makan roti....hiks!


Sebelum meninggalkan restoran dan bungkusan makanan yang kosong, sempat Amie tangkap gambar pelancong dari Jepun ini.... orangnya sangat peramah, senyum, angguk-angguk dan tunduk-tunduk semasa lalu di hadapan Amie. Padahal waktu itu Amie sedang bertelefon... tapi sempat pulak dia berkomunikasi dengan sopan! Agaknya siapalah namanya.... Encik Hiroshima atau Encik Nagasaki?

Hmmmm.... selesailah sudah sarapan pagi kami di perkarangan Balsam Buffet Restaurat, di kaki Gunung Kinabalu yang nyaman dan sejuk dan di hadapannya ada pokok keladi yang besar-besar macam telinga gajah itu.