ADSENSE

Sabtu, 12 Disember 2015

Rendang Dendeng

Jom merendang, jom buat dendeng.... jadi Rendang Dendeng!
Sekali cuba, mesti nak buat lagi. kalau tak percaya, cubalah.....


Bahan-bahan:
1 kg daging tanpa urat - potong nipis dan lebar
2 sudu makan lada hitam - tumbuk
7 biji cili merah - tumbuk kasar
2 labu bawang besar - hiris kasar
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan jus limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
7 ulas bawang putih
5 labu bawang besar
5 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
3 cm halia




Cara:
1. Gaul daging bersama lada hitam dan garam serta gula secukup rasa.
2. Masukkan bahan kisar dan kemudian masak atas api sederhna sehingga daging agak empuk sedikit.
3. Padamkan api dapur dan keluarkan dagingnya, tinggalkan bahan perencah di dalam kuali.
4. Tumbuk daging tadi dan goreng hingga garing.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili merah tumbuk dan lebihan bahan perencah di dalam kuali tadi.
6. Masukkan jus limau kasturi, serta garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi.
8. Gaul rata.

2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

macm best je Mie tk guna santan boleh try tpi daging pulak tkde kena beli ni ..

Suriya Majid berkata...

Ya Allah sedapnya....bolehlah nak cuba2 nanti. terima kasih ya.