ADSENSE

Selasa, 3 November 2015

Udang Goreng Sos Tiram

Cuaca sungguh sejuk!
Air paip pun sejuk!
Buka tingkap dapur, angin terus menerpa ke wajah.... sejuk!
Alhamdulillah.... 
Allah masih beri kesempatan untuk terus menikmati hari petang yang sejuk dan amat nyaman! Rasa nak masuk bawah selimut jew.... tapi perut anak-anak yang lapar perlu diisi.

Amie masak lauk kering-kering saja. Goreng udang. Angkat. Goreng kentang. Angkat. Lepas tu goreng bawang besar dengan bawang, putih, hirisan cili hijau dan juga halia muda. Bubuh sos tiram. Tak payahlah bubuh garam atau perasa lain. Simple dimple bukan? Tapi kalau dah namanya udang, orang kata masak apa pun tetap sodap!

Bahan-bahan:
500 gram udang kertas - potong bahagian kepala dan belah belakang serta tarik uratnya
3 biji kentang - kupas kulit dan potong nipis
4 biji cili hijau - hiris
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih -nipis
3 cm halia muda - kupas dan hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
minyak

Cara:
1. Goreng udang hingga berubah warna. Angkat dan toskan.
2. Goreng kentang hingga masak. Angkat dan toskan.
3. Tinggalkan 2 sudu besar minyak goreng udang dan kentang dan tumis semua bahan hiris hingga wangi.
4. Masukkan udang dan kentang. Gaul rata.
5. Tambahkan sos tiram. Kacau sekali dua.
6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: