ADSENSE

Khamis, 5 November 2015

Panduan Membeli Ikan

Selamat pagi semua.
Jom kita cerita tentang ikan segar. Bukan tentang resepi ikan!
Kita pergi pasar. Kita tinjau pasar ikan.
Kalau rezeki memihak kepada anda, eloklah beli ikan segar yang belum terkena ais atau disejukbekukan. Apa pun, semuanya bergantung kepada keadaan persekitaran anda. Tidak semua berpeluang mendapat bekalan ikan segar sepanjang masa.
Bersama-sama ini Amie kongsikan panduan membeli ikan, dengan harapan agar anda terutamanya adik-adik atau anak-anak dara yang sedang berjinak-jinak dengan dunia masakan akan dapat ikan yang segar dan berkualiti.... kalau di tempat kami, ikan naik ke darat pada sebelah petang. Tak kisahlah bila-bila masa pun.... ahaks!

Yang pertama:
Kalau beli ikan laut, pastikan ada bau laut dan bukannya bau busuk! 

Yang kedua:
Apabila anda tekan isi atau perut ikan, ia akan menganjal dan bukannya lembik.

Yang ketiga:
Ikan yang segar dan berkualiti sudah tentunya mempunyai warna yang cerah, bersinar dan berkilat!

Yang keempat:
Sisiknya keras. Sisiknya tidak longgar atau tercabut!

Yang kelima:
Pilih ikan yang matanya bersinar! Matanya kelihatan menonjol dan bukannya ke dalam!

Yang keenam:
Kalau rajin membelek insangnya, pilihlah ikan yang berinsang merah dan bukannya perang!

Apa nak buat....
Biasanya kita akan temui ikan seperti diatas. Nampaknya kita tak mempunyai banyak pilihan....  

Yang di bawah ini pun sebenarnya tak berapa segar!
Apapun.... kita sekadar berkongsi pengalaman.

Sekian, perkongsian yang adanya.

1 ulasan:

Rizziela berkata...

mmg susah sekarang ni nak cari ikan yg segar