ADSENSE

Isnin, 19 Oktober 2015

Ikan Jenahak Kukus Pedas Berapi!

Samar.
Kelam.
Jerebu menunjukkan trend peningkatan pada bacaan IPU, tahap TIDAK SIHAT. KPM memaklumkan semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daera Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak, daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di negeri Sabah serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di negeri Johor perlu ditutup pada 20 Oktober 2015 (Selasa).
Yeah... esok sekolah di daerah LD ditutup lagi! Anak-anak terkurung di rumah. Emak bapak kena keluar juga.... kena keluar bekerja untuk cari makanlah he he heee....
Jerebu atau tak jerebu, hidup perlu diteruskan. Jangan lupa pakai topeng, tutup mulut, tutup hidung!
Wokey.... tapi bila masuk dapur tak payahlah pakai topeng...ahaks!
Jom kita tengok resepi Ikan Jenahak Kukus Pedas Berapi di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak - anggaran 600 gram 
7 biji cili padi minyak - cincang (kalau nak lebih pedas gunakan cili padi kampung)
5 cm halia - hiris halus
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil perencah cukup rasa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji limau nipis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
7 biji cili padi 

Cara:
1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Toskan.
2. Letakkan ikan di atas dulang pengukus. Taburkan halia di atasnya
3. Campurkan bahan kisar bersama sos ikan, perencah cukup rasa, sos tiram, dan tepung jagung.
4. Tuangkan campuran tadi di atas ikan dan kukus selama 10 minit atau sehingga ikan masak.
5. Hidangkan ikan bersama taburan hirisan cili padi dan perahan jus limau nipis.

Musim jerebu begini....
Nelayan pun fikir banyak kali nak turun ke laut! 
Syukurlah.... barangkali ikan jenahak ini hasil tangkapan sebelum jerebu menebal di daerah LD.


2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

salam jerebu Mie, itulah kan jerebu di mana2 dibrunei taklah teruk sngt, lagipun asyik ujan manjang alhamdulillahh, btw ikan tu menarik utk mamam lah sihat kalau makan ikan selalu

kasihilmar.com berkata...

Salam Amie. Sedap ni, satu hidangan sihat!