Kek Hati Pari @ Parek Versi II

3:33 PTG

Hari ini....
Kita ketawa sorang-sorang di dapur! Kita tangkap gambar Kek Hati Pari Versi II ini sambil senyum tak sudah....
Alkisahnya begini:

Pada 16 September 2015 sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, kita merajinkan diri buat adunan Kek Hati Pari @ Parek versi yang berbeza dengan yang sebelumnya DI SINI. Dah selesai mengukus, kita pun letaklah kek tadi dalam bekas tertutup dan ketepikannya di sudut dapur. Keesokan harinya Encik Suami tanya, dah potong kek ke? Kita jawab: belum lagi.
Lusa Encik Suami tanya lagi: Dah boleh makan ke kek tu? Kita jawab : Boleh. Nak makan ke? Tak pula dia jawab.
6 hari telah berlalu.
Malam tadi Amie pun buka bekas kek dengan harapn untuk melihat sendiri berapa lama kek ini boleh disimpan. Bila Amie buka bekasnya... yang tinggal hanya sepotong! Barangkali dalam 10 atau 12 cm panjangnya!
Amie tanya Encik Suami... dah makan kek ke?
Bawa pergi kampung sikit, bawa pergi sekolah sikit. Makan ramai-ramai. Itu jawabnya.
Tak perasan pulak bila Encik Suami potong dan bawa kek itu.
Sayanglah tengok kek tu terbiar tak dimakan, eloklah bagi kat orang.... katanya!
He he hee... tak apalah, Encik Suami dimaafkan kerana memanjangkan kek ini ke kampung dan ke tempat kerjanya.

Kita pun tak sampai hati nak bagitahu Encik Suami... sebenarnya kita nak tengok tempoh ketahanan kek ini jika disimpan dalam suhu bilik selain ingin melihat sendiri tahap kelembapannya. Dia pun sangka kita suka buat kek, tapi tak dimakan! He he hee... dengan tinggalan sepotong kek itu (nasib baik dia tinggalkan), dapatlah kita kongsikan di sini.


He he hee... apa tidaknya boleh buat ketawa sorang-sorang di dapur, sebab asyik tonggang-terbalikkan kepingan kek ni suruh dia posing elok-elok.... kih kihhhh!

Nampaknya Amie tak ada pilihan nak tunjukkan bahagian kek yang 'cantik' untuk paparan bersama. Ini sahajalah yang ada... tapi puas hati sebab setakat ini kek ini memang dalam keadaan elok sempurna.
Resepi Kek Hati Pari yang Amie kongsikan kali ini memang sedikit berbeza dengan kek yang pertama kali Amie hasilkan. Kalau dulu Amie hanya gunakan kismis sahaja, tetapi untuk kali ini Amie tambahkan serbuk horlicks, buah prune dan juga coffee emulco. Resepi asal gunakan coklat Cadbury tapi Amie tidak gunakannya, begitu juga dengan gula hitam. Amie hanya gunakan gula perang. Apa pun, hasil ubahsuai resepi ini tetap menghasilkan rasa yang cukup lazat! Terima kasih kepada penyumbang resepi, yang tiada namanya... semoga Allah membalas jasa baik anda berkongsi kek yang lazat ini. Bagaimanapun untuk mengekalkan keaslian kek ini, gunakanlah gula hitam jika ada.

Cuma, Amie tak berapa puas hati sebab kismis yang Amie tumbuk tak berapa halus.... adeeehhhh berpeluh-peluh menumbuk kismis! Kawan Amie kata dia rendam dulu kismis semalaman supaya lembut, senang nak tumbuk, tapi Amie belum cuba cari itu. Lain kali boleh cuba...
Di bawah ini Amie kongsikan resepi yang Amie telah buat. Amie buat 1/2 adunan dari resepi asal.

Bahan-bahan:
5 biji telur ayam gred A
1 cawan tepung gandum - ayak dengan soda bikarbonat
250 gram mentega tulen
2 gelas gula perang
200 gram kismis hitam - ditumbuk halus
100 gram prune - ditumbuk halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan gula pasir yang dikisar halus - 1/2 cawan dibuat gula hangus
2 sudu besar coffee emulco
120 gram serbuk horlicks

Cara:
1. Campurkan kismis hitam dengan prune dan kemudian gaul dengan 2 sudu besar tepung gandum yang sudah diayak dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul mentega bersama gula perang hingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang.
4. Perlahankan kelajuan mixer dan masukan tepung, diikuti dengan kismis dan buah prune, coffee emulco dan 1/2 cawan gula pasir yang dikisar halus serta  gula hangus.
5. Akhir sekali masukkan serbuk horlicks dan terus adun hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan loyang empat segi 8" X 8" yang telah diglis dengan mentega.
7. Tutup acuan dengan aluminium foil.
8. Kukus selama 4 jam (sebab buat 1/2 adunan).... adunan asal memakan masa selama 8 jam untuk mengukus!

Yang di bawah ini versi pertama yang gunakan banyak tepung gandum tu. Ada beza tak dengan kek versi kedua?


Wokeh!
Jumpa lagi.

7 comments

  1. Yang 1st tu macam padat, 2nd macam berongga-rongga kan kak.
    Kak berapa sukatan air utk buat gula hangus.

    BalasPadam
  2. Assalam kak,..terliur tgk kek hati parek tu..

    selalu kalau balik Sarawak..order jer kat makcik...mmg kek lapis terbaik dan tersedap setakat nih.. kek yg dia buat tu, dia ckp tahan selama 40 hari masa dia bawak pergi haji..mmg tak bubuh kat dlm peti ais..

    saya lak pernah try potong sikit..letak kat luar dlm 60 hari masih lagi elok..mmg betul orang ckp..resepi org dulu2 mmg tahan lama.. tak sempat lagi berguru dengan dia..ape yg saya tau, kismisnya dicincang halus2... hehe

    BalasPadam
  3. Nasa,
    lupa pulak nak letak kuantiti air... kak gunakan 1/2 cawan air untuk 1/2 cawan gula tu.

    Juls,
    makin lama disimpan makin sedap kan Juls, sebab bahan2nya mesra. Pernah dulu cincang kismis semasa buat kek buah... tapi alahai... tercincang jarilah pulak... he he hee..

    BalasPadam
  4. Dua kali saya ikut recipe akak,dua Kali Kek saya mendap bahagian tengah,putus asa saya

    BalasPadam
  5. Babylion,
    Saya tak dapat tolong kalau anda sudah putus asa. Kalau anda sudah biasa buat kek anda pasti tahu mengapa bahagian tengahnya mendap. Tapi kalau baru berjinak-jinak buat kek, cuba cari resepi lain untuk dicuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika sudi kongsikanlah kenapa kek kukus mendap tengah. Resepi ni orang baru belajar tak boleh buat ke?

      Padam
  6. Kalau di blender kismis Dan prune boleh tak?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe