ADSENSE

Selasa, 15 September 2015

Gulai Daging (Kuliah Ah Daging) Dari Negeri di Bawah Bayu

Dipukul ombak, jatuh terkulai,
Pasir berdesir, pantai berubah,
Hari ini kita menggulai,
Gulai daging negeri Sabah.



Jom kenali gulai daging dari negeri Sabah pula!
Sesekali ubah sedikit olahan masakan dari kebiasaan, apa salahnya kan.



Bahan-bahan:
1 kg daging lembu - potong nipis selebar 3 cm
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 batang sera - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris kasar
2 helai daun kunyit - siat-siat
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa 

Bahan kisar:
12 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
2. Masukkan serai dan daging. Gaul sebati.
3. Tuangkan santan cair dan masak hingga daging empuk.
4. Tambahkan santan pekat, bawang besar dan daun kunyit.
5. Apabila kuah menjadi pekat, perasakan dengan garam dan gula.
6. Padamkan api dapur.





Tiada ulasan: