ADSENSE

Ahad, 13 September 2015

Buras : Lauk-Pauknya - Bahagian 4

Kita dah cerita tentang bagaimana nak buat buras DI SINI, kemudian cara merebusnya DI SINI dan selain buras, kita berkenalan pula dengan tumbu DI SINI.
Kali ini kita cerita pula tentang lauk-pauk yang biasa dinikmati bersama buras dan tumbu.

Nasu Likku' atau Ayam Masak Lengkuas adalah antara salah satu lauk wajib untuk dihidangkan terutamanya ketika hari raya. Selain itu lauk-pauk lain termasuklah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak. Ada lagi lauk lain yang sering Amie lihat iaitu serunding kelapa, dan juga sambal ikan bilis. Gambar di atas merupakan hasil air tangan Amie sendiri setelah melihat bagaimana Waritie masak Nasu Likku'. Ketika itu, keadaan yang agak sibuk membuatkan Amie ikut kelam kabut semasa mengambil gambar. Ada gambar yang sempat dirakam, dan ada yang tidak. Apa pun rasa seronok berkumpul dan rewang bersama rakan-rakan pada masa itu memang sangat berkesan di hati!
Jom kita tutorial masakan Nasu Likku' yang dimasak pada pagi Ahad setelah mereka bertungkus-lumus menyiapkan buras dan tumbuk pada sebelah petang hingga ke malam.

Mula-mula Waritie masukkan pati santan ke dalam kuali. Santan ini kira-kira 900 ml dari 2 biji kelapa.
Kemudian Waritie masukkan bahan-bahan kisar seperti halia, bawang putih dan bawang merah. Diikuti dengan lengkuas kering, parutan lengkuas serta parutan serai.

 Gambar di atas tu... lengkuas kering yang telah direndam semalaman supaya lembut.

 Lepas tu gaul sebati.
Nampak pekatkan pati santannya tu....

Nampaknya Waritie tak boleh tinggalkan tempat duduknya sebab sibuk menjaga masakannya he he hee...

 Jangan lupa tambahkan sedikit serbuk kunyit....

Tak tahu apa Misa buat dengan Waritie tu... nampak macam kupas kentang.  Kuali besar di sebelahnya saja.... Oh! Ya... baru teringat, pada masa ini Amie masak lauk lain bersama Kamsiah di dapur. Salah satunya Ayam Masak Lemak, ada kentang dalam masakan itu... agaknya mereka berdua kupas kentang untuk kami kot.... he he hhe dah empat lima bulan berlalu, tentu ada yang Amie terlupa!

 Wokeh.... nampaknya kuah lengkuas hampir kering, sudah mula terbit minyak!

 Ketika ini elok jangan tinggalkan masakan, takut hangus pula!

 Kata Waritie, dah sampai masanya untuk masukkan daging ayam.
Jangan lupa masukkan lada putih tumbuk.
Gaul rata.

Akhir sekali, bila daging ayam empuk, masukkan kerisek, garam dan perasa pilihan. Padamkan api dapur. Anda boleh buat pilihan samada untuk masak sehingga kering atau basah, iaitu berkuah.

Selepas itu mereka buat apa ye.... daun pisang dibentuk kelongsong segi tiga.
Minta maaf, Amie terlupa apa namanya ini... soko?

 Pulut kuning ditanak dan kemudian dibentuk seperti di bawah ini...

Dan kemudian di tengah-tengahnya mereka bubuh telur rebus. Amie tak sempat rakam gambar itu. Amie sempar rakam gambar di bawah.

 Kita tengok sajalah Misa membungkus pulut kuning ini.

 Langkah demi langkah...

 Sebagaimana kita tutorial buras dan tumbu.

 Wokeh... itu hasilnya....
Sekarang kami sudah menyiapkan segala lauk-pauk untuk dinikmati bersama buras dan tumbu.

 Ayam Masak Lengkuas hasil air tangan Waritie.

 Ayam Masak Merah, hasil air tangan Amie bersama Kamsiah.

 Juga hasil air tangan bersama Kamsiah, Ayam Masak Lemak.

 Tapai pulut hitam dan tapai pulut putih di belakangnya tu hasil air tangan Misa.

Tak tersedar.... hari menjelang tengahari...
kami sama-sama menikmati hidangan hasil air tangan kami bersama.

Kawan-kawan yang lain belum sampai, tapi kami makan dulu sebab dah lapar... maaf ye James, Anwar & Ijat serta yang lain kerana kami mendahului kalian!

 Kemudian kami bahagi-bahagikan hasil masakan kami untuk di bawa pulang sebagai ole-ole...

 Terima kasih banyak-banyak kawan-kawanku.... semua sporting!

Berkat rewang kita, pelbagai suku kaum... belajar masakan Bugis di rumah orang Jawa .... he he heheeh! Macam-macam yang kami dapat pelajari! Inilah yang dinamakan masakan & makanan merentas budaya.

Cuma... pohon maaf, sebab tak dapat ingat nama-nama hasil air tangan kawan-kawan terutama pulut kuning yang bubuh telur di tengah-tengah dan pulut kuning yang dibungkus dalam daun pisang itu! Esok lusa Amie nak tanya semula mereka, dan kalau teringat Amie akan kemaskini entri ini.

Dulu.... Nasu Likku' yang Amie hasilkan seperti di atas, tanpa menggunakan lengkuas kering.

Sekarang, Nasu Likku' Amie seperti ini pula... gunakan sedikit saja lengkuas kering, dan masak basah-basah berkuah.
Terima kasih buat kawan-kawan terbaik di dunia.... kita jumpa lagi!

Klik di bawah ini untuk lebih lanjut:

BURAS ; JOM BELAJAR BIKIN BURAS
BURAS ; JOM MASAK / REBUS BURAS

BURAS : BURAS DAN TUMBU
BURAS : LAUK PAUK

2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

wah macam2 lauk ada Amie, nampak menyelerakan semua nya tuuu
best nya ada rewang2 gitu kan Mie masak2 dan makan ramai2

Bbwana adienia berkata...

Wah..Bestnya..wana pun suka Mkn Ayam masak lengkuas drmh kawan bahasa bugis..Mmg Sedap..