ADSENSE

Sabtu, 11 Julai 2015

Mmmmm.... Sedapnya Ayam Masak Sate!

Resepi Ayam Masak Sate ini merupakan salah satu menu yang sesuai untuk dihidangkan untuk anak-anak ketika menjelang hari raya. Amie fikir begitu sebab olahannya selain mudah, kuahnya pula tidak pedas dan boleh ditiadakan langsung penggunaan lada atau cili. Kalau nak makan Ayam Masak Sate tanpa kuah pun masih tetap terasa keenakannya. Boleh makan bertemankan lemang atau ketupat atau nasi himpit. Nampaknya, tak semestinya golongan kanak-kanak saja yang suka menikmatinya, tapi golongan dewasa pun apa kurangnya.... terutama Amie sendiri! 
Memikirkan perkara di atas itulah yang menyebabkan Amie memilih resepi ini untuk dikongsi bersama dalam Majalah Ibu & Anak Edisi Julai 2015. Jadi, mudahlah bagi ibu-ibu menyediakan santapan buat si kecil menjelang lebaran nanti.

Salah satunya sebab.... daging tanpa tulang itu laaa.... senang nak makan! Tempoh memasaknya pun tidaklah mengambil masa yang lama. Aromanya pulak.... alahai! Tak sabar-sabar ingin mencicipinya walaupun masih dalam proses memasak atas dapur!



Bahan-bahan:
500 gram daging ayam bahagian dada - potong kuib 2cm X 2cm
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/3 cawan minyak
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 batang serai - ambil isinya yang lembut dan hiris
2 cm lengkuas
3 cm halia
Cara membuat:
1. Gaul daging ayam dengan semua bahan kisar, garam, gula dan pati asam jawa serta minyak.
2. Setelah itu, perap selama 30 minit.
3. Masukkan bahan perapan tadi ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana panas dan kacau sekali-sekala sehinggalah pecah minyak.
4. Enak dinikmati bersama ketupat dan sambal kacang.


Tak terpikat ke....mmmm ... sedap tau!

3 ulasan:

Cik Wan berkata...

Sedapnya Amie..sesuai sungguh untuk hidangan di pagi raya. Dulu ada orang pernah share resepi satay goreng, tapi Cik Wan tak pernah cuba. Bila tengok resepi ni teringat balik..kena cuba buat ni :)

apotek perkasa berkata...

http://lengliyshop.net/obat-pelangsing/7-day-slim.html

kasihilmar.com berkata...

nmpk begitu menyelerakan!