ADSENSE

Ahad, 17 Mei 2015

Kuih Cara Manis Inti Gula Apong

Selamat petang semua pengunjung yang budiman.
Jom minum petang sambil menjamah Kuih Cara Manis Inti Gula Apong.

Bagi sesiapa yang belum biasa mendengar atau melihat gula apong, di bawah ini Amie kongsikan gambarnya.
Gula apong memang terkenal di negeri Sarawak. Ia merupakan manisan yang dihasilkan daripada air nira pokok nipah. Air nira daripada mayang pokok nipah ini dimasak untuk dijadikan gula apong. Di tempat kita (Semenanjung), samalah dengan gula Melaka, cuma bezanya gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Selain dijadikan sebagai bahan dalam pembuatan kuih muih, gula apong juga boleh dijadikan bahan pemanis untuk ais kacang, cendol dan sebagainya.

Cantikkan gula apong! Halus mulus... dan rasanya sudah tentulah manis yang sempurna dengan rasanya yang tersendiri, dan bukannya rasa manis gula pasir ya....!
Jom kita lihat resepi  mudah kuih cara di bawah ini.

Bahan-bahan (untuk batter):
125 gram tepung gandum - diayak
 250 ml santan - boleh juga gunakan susu
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred B
2 sudu makan gula apong - (biasanya gunakan gula pasir)
setitik emulco pandan
sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan

Cara menyediakan batter:
1. Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
2. Tuang batter ke dalam jug penyukat.

 
 Cara memasak kuih cara:
1. Panaskan acuan kuih cara.
2. Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
3. Tuangkan batter hingga setengah penuh.
4. Masukkan dengan cermat 1/4 sudu teh gula apong.
5. Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
6. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
7. Cungkil tepi kuih dengan pencucuk dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
8. Ulangi hingga batter habis. 


Jemput....
Lain kali bolehlah buat kuih cara inti gula Melaka pulak!

5 ulasan:

Eyma Balkish berkata...

Ermm..terliur pula..

Bearcat berkata...

Boleh cuba ni. Biasa guna gula pasir jer :-)

Cik Wan berkata...

Menu ringkas tapi sangat hebat bila dapat sentuhan Amie..nak kena try letak gula nise pulak hehehe

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Subur pucuk pegaga tu Amie..

mama sara nur berkata...

assalam Amie
apakhabar
selamat hari guru ya
kuih feberet sy ni