ADSENSE

Ahad, 17 Mei 2015

Ikan Bilis Goreng Campur Itu Ini......

Tak tahu nak bubuh nama resepi apa dah... ikan bilis goreng, bubuh macam-macam campuran! Ini sebab nak layan selera...nak makan yang kering-kering dengan nasi panas.

 Apa yang kawan-kawan nampak dalam resepi di atas selain ikan bilis?

Amie bubuh cili hijau, cili padi minyak dan cili padi putih. Ditambah dengan bunga kantan. Bubuh juga halia, bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Dah siap goreng, gaul semua sekali dan sebagai sentuhan terakhir renjiskan kicap manis Cap Kipas Udang dan juga sedikit cuka. Hidangkan dengan nasi panas.... Tapi jangan makan dengan sayur berkuah, nanti terganggu keenakannya....ahaks!


Bahan-bahan:
2 cawan ikan bilis
2 sudu kicap manis Cap Kipas Udang
1 sudu makan cuka
minyak

Bahan hiris:
10 biji cili padi minyak
10 biji cili padi putih
3 biji cili hijau
1 kuntum bunga kantan
7 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Satukan cili padi minyak, cili padi putih, cili hijau dan bunga kantan. Goreng hingga layu. Angkat dan toskan.
3. Satukan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
4. Satukan semua bahan gorengan di dalam sebuah bekas.
5. Renjiskan 2 sudu makan kicap manis Cap Kipas Udang bersama 1 sudu cuka. 
6. Hidangkan bersama nasi panas.

Ratah saja pun sodap!

2 ulasan:

nasa mulia berkata...

makan dengan bubur nasi mesti mabeles ini.

Bbwana adienia berkata...

wah..sedapnya tu kak amie..terliur wana tengok dari sini tau..hihi.. :)