ADSENSE

Rabu, 4 Mac 2015

Sotong Masak Lemak Cili Padi dengan Remayung

Maafkan Amie kalau tersilap....
Amie masak lemak cili padi sotong torak, bubuh sayur remayung. Sayur ini sesetengah penduduk tempatan panggil sayur raja, peniaga Cina pula panggil sayur licin. Amie pulak memandai panggil sayur remayung.... eh! Betul ke tu?


Sayur remayung warna hijau ini banyak di jual di pekan Kundasang, tapi di gerai sayur di tempat kami biasanya batangnya berwarna merah. Amie pun pernah beli remayung batang merah, tapi selalunya Amie masak remayung hijau seperti gambar di bawah. Bukan apa, setiap kali ipar duai berulang alik ke Kota Kinabalu dan singgah di Kundasang, pasti dibelinya sayur remayung hijau sebagai oleh-oleh untuk kami.
Kalau nak masak sayur remayung ini kenalah hati-hati sikit sebab batangnya berlendir. Masak jangan lama-lama, nanti terlembik pula.
 

 
 Kalau Amie silap... kalau daun ini bukan jenis sayur remayung, maafkan Amie ye...

Bahan-bahan:
500 gram sotong torak - bersihkan dan potong ikut citarasa
20 batang sayur remayung - bilas terlebih dahulu, toskan dan kemudian potong sepanjang 4cm
300 ml santan pekat
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan secukup rasa

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
15 biji cili padi

Cara:
1. Masukkan santan pekat bersama bahan tumbuk dan serbuk kunyit ke dalam periuk.
2. Panaskan di atas api sederhana, dan masukkan sotong.
3. Kacau selalu supaya tidak pecah santan, dan apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur remayung.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Kacau lagi supaya tidak pecah santan, dan apabila sayur remayung berubah warna, padamkan api dapur.

Amie gunakan 300ml santan pekat sebab ketika memasak, air sotong akan keluar dan santan akan berubah cair sedikit.

7 ulasan:

Kak Nita berkata...

As salam kak amie ...
sedap tu... ser singgah kat dapur kita ada sotong gak hari ni...hihi

Rohah berkata...

angger mangan sotong kak, mesti orak mandek li cemil2...orak marem..enak dijambal waeii..kak, sayur kuwi koyo kangkung cameron..

Yana Shaiful berkata...

dah lama xmsk sotong..nmpk sedap la pulak sotong msk cili api kak amie..

Gee® berkata...

bak nak sotong semangkuk... lapar ni Amie

nasa mulia berkata...

kalau tak silap sayur ini ada orang panggil bayam malabari.

kehidupan sihat berkata...

sedap ye..tak pernah makan sayur ni..insyallah kalau ke sabah nanti boleh cuba :)

jemput ke blog nana

kasihilmar.com berkata...

Amie, tengok sotong tu dah terasa lapar...