ADSENSE

Selasa, 3 Februari 2015

Sotong Sumbat Percik

Ada 4 ekor sotong torak yang segar dengan warna merah jambunya. Saiznya pun boleh tahan... agak besar juga, seberat 850 gram. Elok benarlah kalau dibuat sotong sumbat! Lepas tu buatkan kuah percik pulak!
 

Amie ratah saja Sotong Sumbat Percik ni. Anak-anak kata kuahnya agak pedas. Memang saja bubuh lebih cili kering! Dah tu pulak... intinya ubi kentang lenyek.... Amie bubuh sedikit lada putih. Bertambah-tambahlah pedasnya! Tapi tetap sodap!

Bahan-bahan:
4 ekor sotong torak - bersihkan dan toskan
2 biji ubi kentang - buang kulit dan potong dadu
1/2 batang lobak merah - buang kulit dan potong bulat
1 batang leek - belah dua dan hiris halus
2 ulas bawang putih - tumbuk
10 biji lada putih - tumbuk
2 cawan santan - dikisar daripada 400 gram kelapa parut
2 batang serai - dititik
garam / gula / perasa pilihan
lidi penyemat secukupnya

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm belacan

Cara:
1. Rebus ubi kentang bersama lobak merah hingga empuk.
2. Kemudian masukkan leek dan biarkan 2-3 minit. Angkat dan toskan.
3. Lenyek kentang bersama lobak dan leek tadi. Masukkan sekali bawang putih, lada putih, serta garam / perasa pilihan.
4. Masukkan bahan di atas ke dalam badan sotong hingga penuh. Tutup sotong dengan bahagian kepalanya. Sematkan lidi supaya nampak kemas.
4. Untuk kuah percik pula, masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan santan.
5. Didihkan dengan api sederhana sehingga terbit minyak.
6. Setelah pecah minyak, masukkan serai dan juga sotong sumbat.
7. Kacau rata sehingga sotong disaluti kuah. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Masak selama 5 minit, dan angkat sotong tadi untuk dipindahkan ke dalam oven.
9. Bakar /panggang sotong selama 7 minit dan sesekali lumurkan dengan lebihan kuah di dalam periuk tadi.

 Jangan marah yea.... resepinya ini idea dan olahan Amie sendiri.
Nampak montelkan sotong tu!

Jom ratah Sotong Sumbat Percik!

7 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

wah, memang montel tengok sotong kak amie tu..fuh, sedap ni..kenyang makan.. :)

Kak Nita berkata...

mmg sexy betul sotong tu ...bila dipotong lg nampak menyelerakan dgn warna-warni sayuran tu ..

Anna Qawina berkata...

Kak Amie..wahh nampak sangat menggemokkan..hha
pernah buat sotong sumbat je..dipercikkan belom lg..harus cuba..

kehidupan sihat berkata...

menarik ye resepi ni..ada kentang dan carrot .

salam perkenalan sis :)
jemput ke blog nana nanti bila kelapanagan

Amie berkata...

Bbwana,
ha hahaaa.. sib baik tak pecah perut sotong tu!

Nita,
hihiiii... sotong sexy yang sedap!

Anna,
haruslah percikkan sotong sumbat nanti ye Anna he hehe.

Kehidupan Sihat,
terima kasih... terima kasih sudi berkunjung.

Muhammad Nizam berkata...

adoiii... buka selera sungguh laaa

Qaseh Abadi berkata...

nampak sedap.. boleh cuba nanti.. saya ambik resepi ye sis.. :-)