ADSENSE

Sabtu, 21 Februari 2015

Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 5) : Perjalanan ke Kundasang

Hari yang dinanti akhirnya menjelma jua. 
Terima kasih buat Anwar yang berusaha menempah baju T untuk kami. Sekalung penghargaan buat Bell yang sibuk mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan ekspedisi. Jua buat Misa dan Rach (walaupun Rach tidak jadi pergi), dengan tugas masing-masing... dan buat Cikgu Jamasri serta Cikgu Junizam selaku pemandu van sepanjang perjalanan kami nanti. Kami difahamkan ada ahli ekspedisi yang akan memandu kenderaan sendiri, misalnya Cikgu Ramlee berkereta bersama Cikgu Azman dan Cikgu Pyan. Cikgu Misa bersama Cikgu Akmi...oh! Maafkan kalau tersilap. Barangkali Anwar bersama Suderajat, manakala Jill memandu bersendirian.

Pagi 14 Februari 2015 pun tiba....

Kami berkumpul di Restoran Saujana seawal pukul 7 pagi. Walaupun Cikgu Johnny (berkaca mata hitam dan berbaju T warna hijau) tidak turut serta tetapi beliau tetap turun padang memberi semangat! Gamabar di atas di ambil pada pukul 8.13 pagi Sabtu bersamaan 14 Februari 2015 sejurus sebelum kami memulakan perjalanan.


Doa sebelum memulakan perjalanan dibacakan oleh Ustaz Za Fauzan. Ya Allah.... permudahkanlah urusan perjalanan kami... dan kenderaan bergerak meninggalkan Lahad Datu pada pukul 8.16 minit pagi.... pagi yang redup, nyaman dan cuaca semakin cerah sepanjang perjalanan.

Kami berhenti untuk makan tengahari di Ranau (Restoran Anjung Selera) pada pukul 1.50 petang. Nampaknya Cikgu Jamasri dan Cikgu Junizam kena isi perut lebih sikit sebab kedua-duanya bertukar ganti memandu van.

 Bismillah....


Kami sambung perjalanan sehingga ke Kundasang dan berhenti di masjid untuk solat jamak taqdim. Seterusnya kami menuju ke Desa Dairy Farm.
Tak tahu ini pokok apa... dan buah apa....
Amie ambil gambar dari dalam van, di pintu masuk ladang lembu, sementara menunggu rakan ekspedisi membeli tiket masuk... seorang RM3 aje.


Walaupun sudah berpuluh kali berulang-alik melalui Kundasang, namun ada juga yang baru kali pertama menjejak kaki ke ladang tenusu di Mesilau ini... termasuk Amie sendiri. Ladang ini letaknya kira-kira 8 km dari Kundasang.

 Jom tengok anak lembu... jinak & comel!
Ladang ini diusahakan oleh Desa Cattle (S) Sdn. Bhd. Terdapat lebih kurang 680 ekor lembu tenusu termasuk baka Fresian yang diimport dari Australia dan New Zealand.

Sempat tangkap gambar pokok bunga, dan nampak sangat subur. Memang segar suasana di sini, sejuk dan nyaman... ahhhh! Terasa macam mau tidur di atas rumput nan menghijau saujana mata memandang!

Ladang Tenusu Desa yang terletak di kaki Gunung Kinabalu ini mempunyai keluasan 199 hektar, dan seluas 133 hektar telah ditanami rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria, dan kekacang. Melihat pemandangan di sini seolah-olahnya... kita berada di luar negara pulak!
Subhanallah.... indahnya bumi ciptaan Ilahi!

 Di ruang dalam.... macam-macam ada...
Dah tengok lembu, tak kan nak makan rumput pulak kan.... ahaks!

 Adeeeehhh.... Misa!

Mmmmm..... ni mesti aiskrim yang sangat sedap tu... perasa durian sama keladikan Misa? Sampai terpejam-pejam ko makan ya... Si Mimie di belakang tuh senyum-senyum jak... ni mesti masih berbaris belum dapat beli aiskrim. Hmmm... kena berbaris dulu dong sebelum membeli... banyak pelanggannnya waktu itu.


 Rugi tau kalau datang sini tak makan aiskrim... 
Tengok tu...  Ramlee sama  Azman pun tak mau lepas peluang!

Ha... Faiz & Fauzan pun sama, kalau bukan sekarang bila lagi! Bukan selalu dapat makan aiskrim sesedap ini di tempat lain ustaz!


 Macamana gaya Nano makan aiskrim tu?
Tengok Si Darwisah... ayu aje gaya dia he he hehehe.

Makanlah aiskrim puas-puas yea.... kerja aku hanya nak tangkap gambar saja... ni bertambah lagi satu ahli... Akmi dengan ayunya duduk bersimpuh sambil tersenyum simpul!

 Inilah aiskrim yang sangat sedap tu.... aiskrim perasa durian dengan keladi! 

 Tak habis makan di bahagian dalam, sambung makan di luar pulak!
Makanlah puas-puas. Esok dah nak daki gunung.... walaupun puncak Kinabalu tu sejuk, bukan boleh dapat aiskrim sebegini enak di situ nanti!


 Sesekali menoleh ke belakang, Gunung Kinabalu masih diselaputi awan walaupun hari cerah.

Marilah duduk bertenggek atas batu, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang sedikit demi sedikit mula mempamerkan puncaknya....
Nampak tak si Jamasri yang berbaju oren di hujung sekali tu... 

Kita ni tukang ambil gambar, cuma sekali-sekala saja boleh masuk kumpulan! Okey bha kaaannn...


 Ni dia.... baru lepas keluar kandang.... 
Nampak happy jew.... maklumlah setelah sekian lama terkurung dalam kandang tugasan yang tak berpenghujung!




 Sesekali lepaskan perasaan itu....


 Ayuh kawanku!
Satu.... dua.... tiga!

 Woooo.... nampak comel-comel belaka!
Nano macam mau terbang.... Jamasri sudah melayang!

Misa : Tnggi-tinggi Gunung Kinabalu.
Akmi : Tinggi lagi sayang sama kamu.....

Junizam : Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu....
 Yuhuuuu.... Abishek Bachan tak sabar-sabar mau terbang ke puncak Kinabalu sudah!

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Naik bukit dahulu,
Konon-konon di tempat pendakian!




Wokeeeyyy.... cukup sampai di sini dulu.
Kita sambung perjalanan ke tempat penginapan.

Malam itu kami menginap di homestay Hidayah.... 
Bila menyentuh air untuk membersihkan diri, dan terasa betapa dinginnya... seakan-akan sudah terlalu hampir di dadamu.... Kinabalu!

 Pagi yang dijanjikan....
15 Februari 2015, 6.48 pagi.
Bergambar di hadapan tempat penginapan, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang sedang diselimuti kabus tebal!
Kinabalu.... tunggu kami datang!


4 ulasan:

POJIEGRAPHY BLOG berkata...

Cantik betul Kundasang ni kan Kak? Macam ala-ala New Zealand gitu.

Amie berkata...

Pojie,
alhamdulillah.... banyak tempat cantik dan menarik di negara kita.

Suzana Ibrahim berkata...

Cantiknya Mount Kinabalu..kalau lah saya dapat pergi..

Amie berkata...

Suzana,
in shaa Allah satu hari nanti dapat juga datang ke sini.