ADSENSE

Ahad, 11 Januari 2015

Smoothies Mangga Manila & Epal Hijau

Lama tak kongsi smoothies....

Smoothies kali ini Amie gunakan campuran buah tropika dengan buah dari iklim sederhana, mangga manila dengan epal hijau.

Bahan-bahan:
2 biji mangga manila - kupas kulit dan potong ikut saiz yang disukai
2 biji epal hijau - buang biji dan potong ikut suka
175ml yogurt asli
200ml susu segar
2 sudu makan gula pasir

Cara: 
1. Sejukbekukan mangga dan epal selama 4-5 jam.
2. Masukkan bahan sejukbeku tadi ke dalam pengisar. 
3. Tambahkan yogurt asli, susu segar dan gula pasir.
4. Kisar hingga halus.
5. Hidang segera.


Yang suka berdiet tu... tengahari ini nikmatilah segelas smoothies buah-buahan kegemaran anda!

Tiada ulasan: