ADSENSE

Selasa, 27 Mei 2014

Amie's Little Kitchen Tak Berasap Buat Seketika....

Buat semua teman pengunjung...
In shaa Allah Amie akan menunaikan umrah ke tanah suci Makkah, dan malam esok Amie akan memulakan perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Seterusnya dari Kota Kinabalu ke KLIA. Amie akan menaiki pesawat Saudi Airlines terus ke Jeddah.


Jadi, tinggal dulu buat semua.....



In shaa Allah, panjang umur, dimurahkan rezeki... kita akan bertemu lagi.



Baik-baik jaga diri ye sayang....



Ahad, 25 Mei 2014

Jom Masak 2014


Kelmarin, Sabtu bersamaan 24 Mei 2014 sekali lagi warga Dominican memeriahkan suasana di gelanggang bola keranjang dengan pertandingan masak memasak sekaligus  untuk dijadikan  hidangan tengah hari. Tahun lepas, Amie memenuhi permintaan untuk menyediakan hidangan bersama pentadbir sekolah  DI SINI, tetapi tahun ini Amie berhasrat untuk turun padang menyertai pertandingan tersebut.


Memandangkan sepanjang tempoh 3 jam Amie bersama ahli kumpulan bertungkus lumus menyiapkan hidangan, jadi Amie tidak berkesempatan untuk merakam gambar - gambar hidangan dari kumpulan lain. Kali ini sebanyak 7 kumpulan menyertai pertandingan berbanding 4 kumpulan pada tahun lepas. Kalau tahun kos perbelanjaan yang disumbangkan oleh pihak penganjur sebanyak RM200 untuk setiap kumpulan, tetapi pada tahun ini kami diberi sebanyak RM150 sahaja. Apa pun tujuan kami untuk menyertai pertandingan ini hanyalah untuk memeriahkan suasana selain menunjukkan sokongan kepada pihak penganjur, sebab kami sedia maklum adat pertandingan sudah tentu ada pihak yang kalah dan menang. Kalau bukan sekarang, bila lagi masa yang kami ada untuk bekerjasama dalam satu kumpulan dalam suasana yang penuh meriah, debaran dan sudah semestinya ada tekanan!


Bergambar kenangan beberapa minit sebelum loceng dibunyikan tepat jam 9 pagi menandakan pertandingan bermula. Permuafakatan sangat perlu memandangkan banyak tugasan yang hendak dilakukan... kalau boleh biarlah sempurna! Inilah ahli kumpulan kami yang diketuai oleh Amie sendiri dengan anak-anak buah yang terdiri daripada Puan Hajjah Sitti Jaliha, Puan Zanariah , Puan Darwisah, Puan Rosnah dan Puan Sitti Azinni. Kami sepakat menamakan kumpulan kami Seri Maharani, dan kalau dah nama kumpulan begitu, dan pegang-pegang daun kari pula... dah boleh agaklah ye apa menu yang akan kami hidangkan nanti.


Puan Sitti Azinni mengetuai bacaan doa... doa kami ialah agar sepanjang 3 jam perjuangan itu nanti, segalanya akan berjalan dengan lancar. 


Sementara menunggu loceng dibunyikan....



Anak-anak buah kena dengan cakap ketua ye... he hehehehe... kalau hitam kata Amie, hitamlah jadinya, kalau putih kita kata... putihlah yang patut dibuat yea... 



Beberapa saat sebelum pertandingan bermula....... krrrrriiiiiiingggggg!



Seperti yang Amie katakan tadi, tidak banyak Amie dapat rakamkan gambaran suasana keliling sebab sibuk dengan urusan di dapur sendiri. Namun begitu, sempat juga Amie curi seminit dua untuk menangkap gambar jiran-jiran yang bertanding. Di sebelah kiri dapur kami, kumpulan memasak PIBG (Persatuan Ibu Bapa & Guru), dan di hujung sekali yang serba merah jambu itu kumpulan kantin sekolah.


Di sebelah kanan kami pula Ahli Kumpulan Sokongan, entah apa nama kumpulan mereka sebab Amie tak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika juacara majlis memperkenalkan nama setiap ahli kumpulan. Yang pastinya.... wow! Kumpulan ini pastinya bakal mempersembahkan hidangan yang sungguh menarik kerana ada ketupat dan kalau tak silap Amie tema hidangan mereka berkaitan dengan sambutan hari raya!


Gambar di ambil dari dapur kami, ketika ini Puan Sitti Azinni berama Puan Zanariah sedang menyiapkan menu Ayam Merah Kerala. 


Suasana di dapur kami... kerja potong-memotong sedang berjalan dengan lancarnya. Kebersihan sangat diutamakan. Jadi sepanjang pertandingan berlangsung kami perlu berhati-hati kerana para juri asyik berkeliaran selain bertanya menu masakan, berapa jenis masakan dan lain-lain. Syarat pertandingan kali ini lebih ketat berbanding tahun lepas kerana aspek kebersihan yang diambil kita ialah dalam tempoh 3 jam pertandingan berjalan, pastinya di saat akhir dapur kembali kemas dan bersih seperti sedia kala. Tidak boleh ada pinggan kotor atau sampah yang kelihatan. Terima kasih banyak buat Puan Hajjah Al Maidah yang ringan tulang menyelitkan diri membantu sepanjang pertandingan berjalan.


Ini pula kumpulan dari pusat sumber sekolah. Entah apa nama kumpulan ini tapi yang Amie dengar.... ada disebut di hujung nama kumpulan dan resepi mereka ini perkataan ... syok sendiri! Mestilah syok sendiri kaaann... barulah rasa meriah pertandingan ini he he heheh... kalau bukan kita yang syok sendiri macam tak ada perasaanlah pulak kan Nur Fadhilah... Apa menu yang bakal dihidangkan nanti yea.. kita tungu sebentar lagi.


Wah! Masing-masing dengan kuali besar! Merendang apa tu Cik Misariah? Seram pulak tengok Cik Sumarni di belakang sana tu... sudah mula menghias meja hidangan dengan kain warna ungu! Di sebelah Cik Misariah itu.... yang membelakangkan kamera kalau tak silap kumpulan guru sesi petang yang diketuai oleh Puan Siti Mariani. Yang ini kalau tak silap Amie kumpulan Seri Orkid!


Sempat juga meninjau ke dapur paling hujung. Ini kumpulan guru lelaki yang menamakan kumpulan mereka sebagai Lelaki Pingitan. Ha hahaha... hidup Cikgu Nordianshah, Cikgu Junizam & Cikgu Asmaruddin... dan sudah tentunya rasa teruja menyertai pertandingan memasak buat kali pertama. Apa menu mereka yea... ketua kumpulan Lelaki Pingitan ini, Ustaz Hasnan nampak sibuk sejak pagi tadi membawa pelbagai bahan masakan. 
Masa terus berjalan.. minit ke minit... bermula jam 9 pagi membawa ke pukul 10, ke pukul 11 dan menghampiri angka 12 tengah hari!



Kumpulan Syok Sendiri dari Pusat Sumber Sekolah sudah bersedia dengan hidangan mereka. 


Hidangan soto engko.... adeeehhhh sedap - sedapnya!



Kumpulan PIBG sudah bersedia dengan hidangan mereka... hanya menunggu untuk dinilai oleh para pengadil sebentar lagi.



Jiran sbelah kami... dengan hidangannya yang kelihatan menarik tapi tak sempat Amie nak rakam satu persatu!


Ini pula pelbagai hidangan dari kumpulan kantin sekolah. Semuanya nampak sedap belaka!


Ahaaaii... Kumpulan Lelaki Pingitan dengan hasil masakan mereka... apa hidangannya tu...oh! Acar Berempah Gangnam Style, Gulai Kawah Daging Menggugat Jiwa...  dan entah apa lagi di hujung tu! 


Jom kita tengok pula apa yang ada di meja kumpulan kami, Kumpulan Seri Maharani di bawah ini.



Tema hidangan kami, masakan India. Alahai... dari segi kreativiti memanglah kami tak berapa nak kreatif. Sementara yang lain sibuk memotong-motong bahan di dapur, dan main masak-masak kami serahkan kretaiviti menghias meja kepada Puan Darwisah. Kumpulan kami ini simple dan seadanya saja, masuk bertanding untuk suka-suka  tapi sebagai ketua kumpulan Amie kena fikirkan juga aspek untuk persembahan. Semasa mengemas barang dan bahan yang perlu dibawa untuk pertandingan, Amie terpandang kayu manis atas meja pulau di dapur, jadi Amie rembat terus bawa masuk dalam kereta. Mana tahu ada gunanya sebagai hiasan meja. Bubuh aje setangkai bunga di tengah-tengahnya untuk naikkan seri... Seri Maharani tau! Okey tak... ada unsur klasik India tak? Iyelah... nama Maharani tu sudah pun nampak klasik kan. Tambahan pula... kan ke India terkenal dengan rempah ratusnya dalam hidangan kan kaaaan. Jadi susunlah kayu manis nan sebotol tu bersebelahan dengan ppadom nan sebalang!



Satu lagi, petang sebelum esoknya pertandingan bermula Amie ambil Firdaus di kampung. Bila ternampak bunga melati, di rumah adik ipar Amie pun petik dan minta beberapa kuntum bunga ros yang kelopaknya hampir gugur. Masuk dalam bakul kecik, dan bawa juga ke sini... mana tahu ada gunanya... kan kaaannn... kan ke bunga jasmine tu ada kaitannya dengan India juga? Mangga tu saja Amie bawa sebab tak sempat nak buat mango lassi! Pisang tu pun ada kaitannya dengan adat resam India juga kan.... selain daun kari tu. Hai... nampaknya itu sahajalah hiasan yang kami ada. Nak kata sibuk, semua kumpulan lain pun sibuk, nak kata tak ada masa semua kumpulan lain pun sama juga sebab minggu ini memang minggu sibuk menyemak kertas peperiksaan dan persiapan untuk sambutan hari guru! Jadi... kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan kaaannn!


Dah kata tadi, kumpulan kami ni sepakat nak hidangkan seadanya saja, jadi menu pun ditulis setakat hitam putih saja. Oooo... banyak juga menu kami ni rupanya! Semasa salah seorang juri tanya Amie ketika sibuk masak, Amie kata... entahlah.. ada empat atau lima hidangan! Ha ha hahhh.... memang tugas Amie bermain dengan api dan bersilat dengan senduk dan kuali, manakala tugas lain yang banyak menimbun dilakukan oleh rakan-rakan yang lain termasuklah tugas menghidang dan menghias makanan.



Ini Nasi Beriani Bombay. Banyak cabarannya ketika menyiapkan nasi ini sebab... kami dapat 2 dapur tapi salah satunya dapur lembap! Oleh kerana nasi ini merupakan masakan terakhir, jadi dengan izin tuan dapur kantin yang sudah siap memasak kami diizinkan pindahkan masakan kami ke dapur mereka! Bayangkan  hampir 20 minit  mendidihkan air di periuk pengukus... air masih belum mendidih! Sebagai ketua kumpulan, Amie tidak mahu memberikan debaran dan rasa bimbang serta risau di hati ahli kumpulan yang sedang sibuk dengan tugasan masing-masing. Ketika inilah Amie mula terasa senak perut, beberapa kali berdebar tapi Amie cuba bertenang. Bagaimanapun memang situasi cemas ini menyebabkan Amie jadi tertekan. Apa tidaknya! Pada awal memasak terlupa memasukkan rempah, dan kemudian terlupa masukkan tomato dan cili hijau di dalam perencah tumis. Ketika nasi hampir kembang untuk dipindahkan ke periuk pengukus, barulah Amie tersedar ada sesuatu yang kurang! Ketika itu Amie cepat-cepat campakkan cili dan tomato!
Ketika Amie pindahkan periuk pengukus berisi beras beriyani yang sudah kembang  ke dapur lain, masalah lain pula timbul! Api terlalu kuat dan air meluap keluar membuka penutup periuk pengukus! Masha Allah... bila Amie buka periuk.... rupanya sukatan air yang dimasukkan untuk mengukus berlebihan! Amie terlupa untuk berpesan kepada ahli kumpulan yang mengisi air dalam periuk... takat yang diperlukan! Apa pun Amie terus cuba bertenang dan menarik nafas panjang. Amie perlahankan api dapur! Alhamdulillah! 5 minit sebelum pengadilan bermula, Nasi Beriani Bombay siap dihidangkan di tengah-tengah lau pauk yang lain!
Ohoooo... sepatutnya kami gunakan daun pisang sebagai alas makanan tapi entah di mana silapnya tidak jadi digunakan pula... bila terpandang daun pisang di bawah mangkuk nasi beriyani di atas tu, Amie tersenyum sendiri... ngggeeeeee! Entah kerja kreatif siapa tu...


Ini Ayam Merah Kerala. Menu pertama yang kami masak. Ketika Amie goreng ayam, Amie mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana kuali lambat panas dan gorengan melekat di kuali sedangkan kuali yang digunakan bukan jenis yang lambat panas dan melekat. Memandangkan masa agak panjang jadi Amie pun ikut sajalah rentak dapur tu! Ketika hendak menumis bahan perencah, halia pula hilang! Riuhlah Puan Zanariah yang membelinya mencari ke sana ke mari tapi tidak juga jumpa. Amie kata, tak berhalia pun tak apa. Gunalah apa bahan yang ada. Nanti tak ada rasa halia... kata yang lain. Boleh tak minta tolong orang beli... bla bla blaaa... Amie terus masak Ayam Merah Kerala dengan bantuan Puan Siti Azinni tapi halia belum juga sampai. Siap sudah satu menu!


Ha hahaha... kenapalah namanya jadi Dalca Sayur Seri Malabar pulak! Sebenarnya nak tulis Seri Maharani! Hentam sajalah labu.... Menu ini pun ada ceritanya yang tersendiri! Dapur lembap punya pasal, kuah tak mendidih langsung! Terpaksa tukar dapur lain. Apa yang melucukan ialah.... katanya tak ada rasa garam, Amie pun bubuh garam dan pada masa yang sama sebenarnya Amie berlari-lari ke dapur sendiri untuk menyiapkan nasi beriyani. Sekali lagi Puan Siti Azinni panggil, katanya masih tak ada rasa garam. Amie pun tambah lagi dan tinggalkan semula untuk mengurus nasi beriani yang akhirnya Amie terlupa untuk tambahkan tomato dan cili tadi! Tiba-tiba Amie dipanggil lagi dan katanya rasa masin pulak Dalca Sayur Seri Malabar! Haaa... terpaksalah buat sesuatu untuk menyelamatkan keadaaan tapi akhirnya selesai juga masalah. Alhamdulillah. Siap lagi satu menu.



Ini Udang Goreng Berempah Seri Maharani. Ketika Amie menggoreng, beberapa orang datang mendekat dan ingin mencubanya! Tak kurang pula yang bertanyakan resepinya. Bila Amie kata ada campuran serbuk ENO, ada pula yang tak tahu mana satu ENO, dan kebetulan Amie bawa sebotol! Jadi sambil menggoreng sambil-sambil memberi resepi! Seperti yang dijangkakan memang ini menu paling laris!


Ini Lamb Beriyani Kashmir. Menu ini nampaknya digemari oleh mereka yang makan daging kambing bebiri. Beberapa orang rakan guru berpesan supaya Amie masakkan sekali lagi menu ini. Huh! Tahu tak apa di sebalik cerita masakan ini? Amie tertinggal daun pudina! Tertinggal di rumah! Betul-betul tertinggal dalam peti sejuk! Apa pun terima kasih kepada penaja hadiah pertandingan kali ini yang juga merupakan salah seorang pengadil (beliau seorang jutawan)... katanya Lamb Beriyani sangat sedap, mengalahkan masakan di restoran... sebab saya ada restoran di Kota Kinabalu, katanya! Jadi Amie tanya... nak resepi saya ke? Ini menu ala fusion kih kih kihhhh! 


Tak ketinggalan, untuk menaikkan lagi aroma hidangan kami sediakan Acar Seri Maharani. Ini tak tahulah ada kisah apa di sebaliknya... sebab disiapkan bersama-sama oleh ahli kumpulan. 



Dan yang terakhir ini Puding Buah Seri Maharani.  Sebenarnya ketika memasak puding ini agar-agar tidak terlalu hancur dan Amie tak tapis, jadi Amie bubuh saja dalam bekas. Bila kawan-kawan makan, mereka tanya Amie bubuh apa dalam puding tu... Amie kata Amie bubuh puri mangga. Yang rasa kenyal-kenyal tu apa? Ha haaa... takkan Amie nak kata... tu agar-agar yang tak sempat hancur! Amie ketawa aje...


Wokeeeyyy... kita cerita pasal hadiah pulak! Amie tertarik dengan  hadiah tupperware warna kuning tu! Bila melihat longgokan hadiah tersebut, Amie terfikir kalau Amie tak dapat tentulah Amie teringat-ingat tupperware kuning itu! Jadi Amie pun order dengan kawan (Amie pun ahli tupperware tapi malas nak beli sendiri). Ha hahaah... pertandingan belum bermula tapi Amie sudah beli hadiah untuk diri sendiri!


Hadiah yang tersusun... semuanya tupperware! Semua guru dapat termasuk yang tidak bertanding! Cantikkan tupperware!



Kumpulan Seri Maharani sudah bersedia untuk penilaian!



Sempat lagi meninjau hidangan di meja Kumpulan Syok Sendiri.



Setiap kumpulan sudah bersedia untuk dinilai.



Wah! Hebat bergaya Kumpulan Lelaki Pingitan. Tahniah Ustaz Hasnan dengan anak-anak buahnya yang sporting memasak!


Kumpulan Seri Orkid pun sudah lama menanti untuk diadili.


Pengadilan pun dimulakan. Pada mulanya ada 9 orang pengadil yang tersenarai. Kemudian Amie dengar 10 orang! Ya Allah! Banyaknya! Ahli kumpulan 6 orang saja... dan rasanya tidaklah sampai 10 orang! Kalau tak silap Amie, menurut juruacara 50% diberikan oleh pengadil dan 50% markah agi diberikan oleh hadirin yang terdiri daripada guru-guru sekolah. Ini bermakna ketika mereka menjamu selera selepas penilaian oleh para pengadil, mereka perlu mengisi nombor meja hidangan yang mereka pilih untuk penilaian sebanyak 50% lagi.


Akhirnya sampailah ke meja Kumpulan Seri Maharani.  Meja terakhir yang diadili.
Wokkeeeyy... jom kita tengok siapa pemenang pertandingan Jom Masak 2014!


Tempat ke-7 dimenangi oleh kumpulan Kantin Sekolah.



 Tempat ke-6 dimenangi oleh Kumpulan Lelaki Pingitan.



Tempat ke-5 dimenangi oleh Kumpulan Seri Orkid.



Tempat ke-4 dimenangi oleh PIBG.



 Tempat ke -3 dimenangi oleh Ahli Kumpulan Sokongan.

Tinggal 2 kumpulan lagi... Kumpulan Syok Sendiri dengan Kumpulan Seri Maharani.

jeng ... jeng... jengggg...

Pemenang tempat ke-2 disandang oleh ...... Kumpulan Syok Sendiri!



Ha hahaaa... pada mulanya akmi sangka kumpulan kami di tempat kedua, tapi rupanya akmi salah dengar! Rezeki berpihak kepada kami untuk kali ini. Jadi, kami jadi juaralah kononnya!


Amie kena pegang 2 hadiah, sebab Puan Siti Azinni terpaksa pulang awal untuk menyusukan babynya.


Alhamdulillah.... 
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Semuanya bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing hingga ke saat terakhir pertandingan.



Akhirnya Amie dapat 5 biji tupperware!


Moga semua rasa gembira!
Hingga bertemu kembali di lain waktu.