ADSENSE

Rabu, 10 Disember 2014

Soto Ayam Yang Ringkas Dengan Menggunakan Bumbu (Soto Ayam) Masakan Indonesia

Setiap hari rasa kesunyian walaupun sebenarnya sibuk menyiapkan tugasan yang mesti diselesaikan menjelang hari Ahad ini. Apa tidaknya, terpaksa bersendirian di rumah hanya bertemankan televisyen yang dibuka... sesekali mata mendongak melihat siarannya, dan kebanyakan masa mata menatap tugas yang digalas siang dan malam.
Awal pagi lagi Encik Suami sudah hantar Firdaus ke kampung. Fairuz pulak setiap hari asyik ikut ke sana sebab di kampung boleh bermain dengan sepupu-sepupunya. Fuad pulak pagi tadi pergi ke gym, balik tengahari tadi untuk solat Zohor dan kemudian ke hospital untuk temujanji dengan doktor giginya.
Syukurlah ada Mr Lappy yang setia di sisi.... sekurang-kurangnya ada teman di sini.
Wokeh.... sunyi dan sepi sebenarnya tidak mampu untuk mengubati rasa kelaparan! Menjelang tengahari akhirnya bergegas juga ke dapur mencari apa yang ada untuk dijadikan alas perut. Dan inilah hasilnya.... Soto Ayam!

Soto Ayam ini Amie hasilkan dengan cara yang paling mudah! Tidak seperti selalunya, terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Soto Ayam ini terhidang gara-gara dua hari yang lalu terjumpa beberapa bungkus perencah soto yang Amie beli di Pasar Tanjung di Tawau tahun lepas! Tahun lepas.... tapi masih boleh digunakan sebab tarikh tamat tempohnya pada Disember 2015!

Memang teringin nak makan soto tapi bila fikir semula, malas nak buat sebab banyak remeh temehnya yang perlu disediakan. Bila tengok di belakang bungkusan perencah soto ayam tadi... Amie dapati penggunaannya sangat mudah! Jom kita cuba baca.... masak ayam dengan bumbu (perencah) dengan 1. liter air. Kemudian cara menghidangkannya pula hanya perlu letakkan hirisan kentang rebus, ayam, suhun, seledri (daun sup), bawang putih goreng dalam mangkuk, tuang kuahnya yang panas dan tambahkan beberapa titisan air limau nipis. Duh! Tak perlu pegedil bagai....

Bila dibelek-belek bahan perencahnya diperbuat daripada bawang merah, bawang putih, garam, minyak, halia, kunir (kunyit?) serai, lada putih / hitam dan juga daun limau purut. Tambahnya lagi kalau kurang masin boleh tambah garam!

Soto Ayam sudah siap! Tambahkan sedikit hirisan cili, telur rebus dan sambal kicap...  yummy! Pada Amie menu ini menu sihat sebab semuanya direbus saja! Tak sabar menunggu Firdaus pulang... nak suap kuah soto sebab dia suka sup!

2 ulasan:

Ummiakid @ lily berkata...

memang mudah kan kalau gitu...skg ni semua nak cepat...apapun soto memang x jemu makan & kalau makan mau bermangkuk mangkuk...

Suzana Ibrahim berkata...

saya pun kadang2 sunyi kalau dua budak lelaki tu tak ada,kalau ada pun sunyi sendiri juga ,mana la budak2 tu nak menempek kat kita sebab dah besar,mujur ada dapur maya ni.