ADSENSE

Selasa, 9 Disember 2014

Sambal Tumis Kerang Yang Sungguh Menyelerakan!

Seronok mengopek kerang rebus. Apalagi kerang segar dari laut. Semuanya sempurna dan baunya pun mengancam selera walaupun setakat direbus untuk memudahkan keluarkan isinya. Bahayanya.... sambil mengopek isi kerang... sebiji isi kerang masuk mangkuk, sebiji lagi masuk mulut! Akhirnya tinggallah separuh isi kerang dalam mangkuk! Hobi lama makan kerang sambil kopek kerang ni tak pernah surut... ahaks!

Alangkah enaknya menikmati Sambal Kerang di pagi hari .... kalaulah ada nasi lemak di sisinya!

Kerangnya pula kerang segar baru naik dari laut! Amie suka saiz kerang saiz sederhana, tak besar dan tak terlalu kecil.... sedang-sedang aje. Tak liat & rasanya sudah tentulah lemak-lemak manis!

Tengok tu... menyengih aje kerang-kerangnya, menandakan masih hidup dan warnanya yang merah itu menunjukkan betapa segarnya dia!

Kalau malas nak kopek sendiri, bolehlah beli yang siap berkopek. Harga kerang rebus siap berkopek di Pantai Remis setakat yang Amie pergi tempohari ialah RM15 untuk 1 kilogram. Amie lebih suka beli yang berkulit dan rebus kopek sendiri di rumah. Amie beli sebanyak 5 kilogram, tapi hanya rebus sedikit untuk dibuat sambal

Jom tengok resepi Sambal kerang di bawah ini.

Bahan-bahan:

500 gram isi kerang rebus
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa

garam /  gula /perasa pilihan
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 batang serai - ambil bahagian isinya yang putih
1.5 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Perlahankan api dapur dan biarkan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan pati asam jawa dan isi kerang. Masak lagi sehingga kuah sambal menjadi pekat.
3. Kemudian masukkan bawang besar, garam / gula / perasa pilihan secukup rasa.
4. Setelah bawang besar layu, padamkan api dapur.

Dapatlah dua mangkuk Sambal Tumis Kerang..... Menjelang petang, ada lagi lebihan semangkuk Sambal Tumis Kerang. Disebabkan banyak makanan lain, mungkin anak-anak buah yang datang ke rumah Bonda tak berminat untuk makan sebab dah biasa jumpa kerang. Amie pun simpan dalam peti sejuk dengan harapan keesokan paginya nak panaskan semula... cadangnya nak jadikan lauk nasi lemak. Sebelum angkat periuk nak buat nasi lemak untuk sarapan pagi, Amie buka peti sejuk..... aik! Mana perginya Sambal Tumis Kerang yang Amie simpan? Sehingga ke hari ini tak siapa tahu siapa yang 'melenyapkan' semangkuk Sambal Tumis Kerang tu.... dan hasrat nak buat nasi lemak pun terpaksa Amie batalkan sebab sambal dah hilang ..... he hehehhehe....!

5 ulasan:

Ayu berkata...

Assalam Amie..
Menu Sambal kerang sama Pulak ya..
Cuma Kita punya bercencaluk...
Ha..cencaluk naik kemuka...hehehe..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, dah lama tak berkunjung ke pantai remis dlm setahun rasanya, setelah byk hakisan di tepi pantai tu. Memang segar kerang2 kat situ, dulu2 rm 5 dpt 3kg dh, sekarang mahal sikit,

Sedapnya sambal kerang, misteri kehilangan sambal kerang, agaknya ada yg lapar mlm2 buka peti ada sambal kerang , habis di mkn tanpa berbaki. Bahan bukti lesap heheh, mangkuk pun siap cuci, kes di tutup heheh

lia ummiirfan berkata...

sambal kerang memang marvelous! bab nak mengopek tu, bercinta.. hihihi..

Acik Erna berkata...

sama la Amie..kalau dirumah acik ni..kerang tak sempat nak jadi rendang ataupun sambal..sambil kopek..sambil makan..siap cicah sos atau kicap letak cili tu..sudah nya tinggal sikit sangat..makan terus je la..tak cukup dah nak merendang atau sambal

Amie berkata...

Ayu,
waalaikumussalam...
ha hahah... begitu rupanya kisah cencaluk naik kemuka ya Ayu... siannya... kena mandi dari hujung rambut sampai ujung kaki lah ye..

Rosa,
Betul tu... sekali tengok bekasnya dah ada atas para pinggan mangkuk ha hahah...
Kami beli 5 kg harganya RM17.

Lia,
he hehhe kalau banyak memang penuh cinta Lia.

Acik,
perangai lama yang dah jadi pusaka ha hahahha...