Minum Petang Dengan Cucur Lala

7:57 PTG

Bila bersendirian di petang yang sepi, sementara menanti kepulangan Encik Suami dan anak-anak, Amie terbayang-bayang kemeriahan dan keenakan makan Cucur Lala beramai-ramai di kampung tempohari.

Masih Amie ingat di zaman remaja dulu, kalau kami nak buat Cucur Lala, jenuhlah mengopek sebungkus lala sampai kecut jari tangan sebab entah berapa puluh atau berapa ratus kali celup tangan ambil lala dalam air rendaman!

Cucur Lala kami tidaklah gebu dan mulus seperti cucu kembung. Kami tidak bubuh sebarang agen atau serbuk penaik. Cukuplah sekadar bahan asas seperti tepung, hirisan bawang, cili hijau dan juga daun kucai jika ada.


Istimewanya, Cucur Lala ini kami nikmati begitu sahaja tanpa sebarang pencicah. Rasanya? Wallaaa.... enak banget! Dari manakah datangnya keenakan rasanya itu?

Barangkali lala segar yang baru dikeluarkan isinya itulah yang menghasilkan rasa cucur yang lazat! Memang rasa teringin mengulangi keindahan zaman itu... masa itu... mengopek lala!

Bukannya susah nak kopek isi lala... Hanya rendamkan lala dalam air bersih dan pada ketika itu lala akan mengembangkan dirinya dengan membuka sedikit cengkerangnya. Pada masa itulah kita buka cengkerangnya dengan menggunakan cengkerang yang lain dan tarik isinya keluar.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan lala
1 labu bawang besar - mayang nipis
2 biji cili hijau - hiris nipis
5 batang daun kucai - potong 1.5 cm
1 biji telur
1 cawan air
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Gaulkan tepung gandum bersama kesemua bahan di atas kecuali minyak.
2. Tidak perlu menggunakan air yang berlebihan kerana lala tersebut sememangnya sudah berair.
3. Goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.


Enak dinikmati diwaktu pagi atau petang. 
Pada Amie .... akan hilang nikmat lala yang lemak manis kalau cicah dengan sos... he hehehe!


15 comments

  1. tak pernah makan cucur lala tentu sedap ni

    BalasPadam
  2. Rajinnya Amie.. saya tak pernah terfikir lala dibuat cucur, sgt menarik!

    BalasPadam
  3. pestime tahu cucur lala ni.selalu buat sayur serai tu je.hirup kuah.sedapnya
    thanks akak amie berkongsi resepi n idea :)

    BalasPadam
  4. Salam Amie..tak pernah makan cucur lala..biasa buat yg berkuah bening tu.Manis bila kuahnya dihirup..hehe

    BalasPadam
  5. Whitecappuccino,
    ni makanan kami dari kecik2 dulu.. kalau tak dibuat sarapan, kami buat minum petang.

    Zanita,
    he hehhe... nampaknya ramai yang baru tahu isi lala boleh dibuat cucur.

    Qaseh,
    sama-sama, cubalah... sedap tau.

    Azatie,
    alahai Atie... cepat cuba Tie... cari isi lala di pantai remis.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Assalam Amie,
    dulu kita pernah cuba buat cucur/jemput2 kupang..memang sedap...my parents..bertambah2 pulak dia orang makan..Kak Am yg kasi idea dulu..kalau cucur lala, lagi sedap agkanya kan..sebab dia kecik2 manis ..:)

    BalasPadam
  8. Ayu,
    memang sedap Ayu... lagilah lala fresh kopek sendiri...

    BalasPadam
  9. Assalam kak amie..kalau cucur udang tu kira biasa la..tp ni cucur lala mmg rare la...susah nk dapat lala camni..mesti sedap kan?Tak pernah try lagi pesen camni..

    BalasPadam
  10. wah...!! menariknya sebab serius tak pernah makan cucur lala...kena cuba nanti ni sebab di KK ni mudah sangat jumpa spesis spesis bercengkerang ni....walaupun ada isi rumah yang x boleh makan tapi nak kena cuba gak... :)

    BalasPadam
  11. nak mengopek tu yg jenuh kan kak..tp rasa nikmat bila time makan ilang rasa penat..pestime jgk dgr nie...

    BalasPadam
  12. voila! sedapnya kak amie
    1st time saya jumpa cucur lala
    tak terfikir pun ^_^

    BalasPadam
  13. Sedap nampak cucur lala. Nanti bolehlah saya cuba.

    BalasPadam
  14. Adoi...dah terasa-rasa dalam mulut!! nak kena cari lala lps ni hehehehe

    BalasPadam
  15. 1st time dengar cucur lala....
    Tentu sedap! Nanti Nina nak try lak~

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe