ADSENSE

Sabtu, 13 Disember 2014

Minum Petang Dengan Cucur Lala

Bila bersendirian di petang yang sepi, sementara menanti kepulangan Encik Suami dan anak-anak, Amie terbayang-bayang kemeriahan dan keenakan makan Cucur Lala beramai-ramai di kampung tempohari.

Masih Amie ingat di zaman remaja dulu, kalau kami nak buat Cucur Lala, jenuhlah mengopek sebungkus lala sampai kecut jari tangan sebab entah berapa puluh atau berapa ratus kali celup tangan ambil lala dalam air rendaman!

Cucur Lala kami tidaklah gebu dan mulus seperti cucu kembung. Kami tidak bubuh sebarang agen atau serbuk penaik. Cukuplah sekadar bahan asas seperti tepung, hirisan bawang, cili hijau dan juga daun kucai jika ada.


Istimewanya, Cucur Lala ini kami nikmati begitu sahaja tanpa sebarang pencicah. Rasanya? Wallaaa.... enak banget! Dari manakah datangnya keenakan rasanya itu?

Barangkali lala segar yang baru dikeluarkan isinya itulah yang menghasilkan rasa cucur yang lazat! Memang rasa teringin mengulangi keindahan zaman itu... masa itu... mengopek lala!

Bukannya susah nak kopek isi lala... Hanya rendamkan lala dalam air bersih dan pada ketika itu lala akan mengembangkan dirinya dengan membuka sedikit cengkerangnya. Pada masa itulah kita buka cengkerangnya dengan menggunakan cengkerang yang lain dan tarik isinya keluar.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan lala
1 labu bawang besar - mayang nipis
2 biji cili hijau - hiris nipis
5 batang daun kucai - potong 1.5 cm
1 biji telur
1 cawan air
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Gaulkan tepung gandum bersama kesemua bahan di atas kecuali minyak.
2. Tidak perlu menggunakan air yang berlebihan kerana lala tersebut sememangnya sudah berair.
3. Goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.


Enak dinikmati diwaktu pagi atau petang. 
Pada Amie .... akan hilang nikmat lala yang lemak manis kalau cicah dengan sos... he hehehe!


15 ulasan:

whitecappuccino berkata...

tak pernah makan cucur lala tentu sedap ni

kasihilmar.com berkata...

Rajinnya Amie.. saya tak pernah terfikir lala dibuat cucur, sgt menarik!

QasehnyaRania berkata...

pestime tahu cucur lala ni.selalu buat sayur serai tu je.hirup kuah.sedapnya
thanks akak amie berkongsi resepi n idea :)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..tak pernah makan cucur lala..biasa buat yg berkuah bening tu.Manis bila kuahnya dihirup..hehe

Amie berkata...

Whitecappuccino,
ni makanan kami dari kecik2 dulu.. kalau tak dibuat sarapan, kami buat minum petang.

Zanita,
he hehhe... nampaknya ramai yang baru tahu isi lala boleh dibuat cucur.

Qaseh,
sama-sama, cubalah... sedap tau.

Azatie,
alahai Atie... cepat cuba Tie... cari isi lala di pantai remis.

Amie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ayu berkata...

Assalam Amie,
dulu kita pernah cuba buat cucur/jemput2 kupang..memang sedap...my parents..bertambah2 pulak dia orang makan..Kak Am yg kasi idea dulu..kalau cucur lala, lagi sedap agkanya kan..sebab dia kecik2 manis ..:)

Amie berkata...

Ayu,
memang sedap Ayu... lagilah lala fresh kopek sendiri...

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..kalau cucur udang tu kira biasa la..tp ni cucur lala mmg rare la...susah nk dapat lala camni..mesti sedap kan?Tak pernah try lagi pesen camni..

Ummiakid @ lily berkata...

wah...!! menariknya sebab serius tak pernah makan cucur lala...kena cuba nanti ni sebab di KK ni mudah sangat jumpa spesis spesis bercengkerang ni....walaupun ada isi rumah yang x boleh makan tapi nak kena cuba gak... :)

zila norazila berkata...

nak mengopek tu yg jenuh kan kak..tp rasa nikmat bila time makan ilang rasa penat..pestime jgk dgr nie...

Tihara berkata...

voila! sedapnya kak amie
1st time saya jumpa cucur lala
tak terfikir pun ^_^

Bearcat berkata...

Sedap nampak cucur lala. Nanti bolehlah saya cuba.

Cik Wan berkata...

Adoi...dah terasa-rasa dalam mulut!! nak kena cari lala lps ni hehehehe

Nina Mirza berkata...

1st time dengar cucur lala....
Tentu sedap! Nanti Nina nak try lak~