ADSENSE

Selasa, 16 Disember 2014

Jalan-Jalan ke Teluk Batik

Tak ada resepi....
Empat hari bermesyuarat, bermula hari Isnin lepas. Masih lagi bermesyuarat, masih ada dua hari lagi untuk menginap di MB Hotel, Tawau.
Entri kali ini tentang aktiviti Jambori Pengakap Antarabangsa yang diadakan di Teluk Batik, Perak pada 24 hingga 30 November 2014 lalu.


Ehsan: Google

Fuad & Fairuz ikut serta sebagai ahli aktif pengakap sekolah ..... 21 November sudah bertolak menaiki bas dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. 22 November 2014 terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Naik bas dari KLIA ke Lumut dan sampai ke Teluk Batik pada 23 November 2014. Sewaktu anak-anak berangkat, Amie sedang menghadiri mesyuarat selama empat hari bermula pada 20 hingga 24 November 2014. Mereka sempat hantar Amie ke tempat mesyuarat bersama Encik Suami pada 19 November 2014.

25 November, bersama Encik Suami dan Firdaus, kami terbang balik kampung. Alhamdulillah, anak buah sudi pinjamkan keretanya untuk kami ronda-ronda. 28 November petang, sebaik tamat kuliah Farid pulang ke kampung .... kami bertemu di rumah Bonda (Nendanya Farid). 29 November 2014, perlahan-lahan kami empat beranak bergerak ke Lumut.

Sesampainya kami di Teluk Batik.... 
Tak tahu nak ambil gambar apa... sana sini penuh dengan khemah peserta jambori. Pergi ke pantai, penuh entah beratus atau beribu khemah. Pergi ke bahagian belakang, juga penuh dengan segalam macam khemah di bawah pokok! Lebih 7,000 ahli pengakap dari 15 buah negara berada di situ.
Kami mencari tempat penginapan... satu persatu resort kami datangi... dari Virgo Batik Resort sampailah ke luar.... ke Marina Cove Resort!
Semua resort penuh! Kami terpaksa mencari tempat penginapan di luar.
Syukurlah di persimpangan jalan keluar, terpandang Valley View Hotel. Alhamdulillah, kami dapat 1 bilik, walaupun terpaksa naik tangga ke tingkat 3!

Sebelah petangnya kami datang semula ke Teluk Batik, tengok anak-anak.... alahai Fairuz & Fuad dan juga rakan-rakannya! ...kami dah tak kenal! Apa tidaknya.... matahari pantai membakar kulit...! Sebelah malamnya, acara penutupan dan bermakna keesokan harinya semua peserta akan berangkat pulang. Tengah malam, pukul 12.00 Fuad telefon minta Encik Suami ambil. Guru pengiring mereka benarkan mereka ikut kami, dan malam itu terbongkanglah anak-anak macam ikan sardin dalam bilik! Maklumlah satu minggu lamanya tidur dalam khemah!

Awal pagi 30 November 2014, kami bertolak pulang ke Bukit Hijau. Pukul 11 pagi sampai rumah Bonda. Sebelah petangnya pula kami hantar Farid balik ke Kolej Rahim Kajai di UKM, Bangi. Malam... Fuad & Fairuz ikut kakak bawa pakaian kotornya (2 beg besar) ke Puncak Alam! Syukurlah ada kedai dobi murah di situ....kalau cuci di rumah, tak dapat dibayangkan nak sidai di mana!

2 ulasan:

nor nazliana berkata...

bestnyer pengalaman bnyak tu join jambori pengakap

kasihilmar.com berkata...

Firdaus jugalah yang aunty tengok cute!