ADSENSE

Rabu, 10 Disember 2014

Ayam Masak Ungkep Versi Seberang

Sebut saja masak ungkep....wah! Terbayang sejenis hidangan yang sebenarnya sangat mudah dan ringkas cara penyediaannya tapi sangat enak untuk dinikmati. Bahan yang digunakan tidaklah sukar untuk diperolehi, dan biasanya ada dalam simpanan di dapur anda!
Kali ini Amie masak ungkep lagi, tapi Amie cuba gunakan versi yang sedikit berbeza berbanding masakan ungkep yang biasa Amie olah.
Rujukan untuk resepi ayam masak ungkep kali ini Amie ambil dari blog UMEK DI DAPUR.  Tuan punya resepi ini namanya Nien Ing dari Denpasar, Bali, Indonesia. Asal resepi ini ialah Ayam Ungkep Bumbu Kuning. Namun begitu Amie tidak gunakan tempe sebagaimana yang digunakan oleh Bu Nien Ing. Amie ingin mencuba penggunaan buah keras atau buah kemiri (bahasa Indonesia). Biasanya kita tambahkan asam jawa dalam masakan ungkep tapi untuk resepi versi sebegini kita tak perlukan asam jawa. Selain itu Amie tambahkan daun salam.... hanya daun salam kering saja yang Amie ada. Kalau ada daun salam segar, itu lebih sempurna.
Terima kasih sekali lagi buat Bu Nien Ing atas perkongsian resepi yang mudah dan ringkas tapi cukup enak rasanya. Minta izin dan minta maaf di atas beberapa perubahan bahan yang digunakan. Bu Nien Ing tidak tumis bahan bumbunya tetapi Amie tumis terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan daging ayam. Tapi Amie suka cara Bu Nien Ing, sebab masakan ini lebih menyihatkan!
 

Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong menjadi 8 bahagian
2 helai daun salam
2 batang serai - diketuk
4cm lengkuas - diketuk
1 sudu makan lada putih - tumbuk
2 cawan air
garam / gula secukup rasa
1/2 cawan minyak

Bahan kisar :
10 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
7 biji buah kemiri / buah keras
3 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam bersama daun salam, serai, lengkuas, dan air.
3. Kacau rata dan kemudian tutup kuali.
4. Biarkan hingga masak dan kuah menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.

Amie tidak gunakan cili padi, ketumbar, jintan dan juga asam jawa seperti kebiasaanya. Apa pun rasanya tidak kurang enaknya berbanding ayam ungkep yang biasa Amie masak.

Sesekali mencuba versi yang sedikit berbeza.... apa salahnya kaaan.... ahaks!

5 ulasan:

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..
Say pernah cuba sekali rcp ungkep ni tp guna hati ayam..Mmg sedap

zila norazila berkata...

ungkep nie banyak versi jgk kan kak..tp masakan nie mmg mudah..mkn dgn ketupat pun ok nie.

Ila Fyra berkata...

Wah,terus rasa lapar bila tengok ayam masak ungkep ni.
Bolehlah cuba weekend nanti :-)

Jom Lawat Blog Raikankasih

Gee® berkata...

Lapar tgk lauk Amie ni taw...

Bunda a.k.a KN berkata...

Memang sangat menyelerakan....salam ziarah dan salam ukhwah dari Bunda..