ADSENSE

Sabtu, 13 Disember 2014

Ayam Goreng Pun Sodap!

Cara paling mudah untuk mengolah ayam sudah tentulah dengan menggorengnya saja. Tak perlu banyak songel untuk menyediakan bahan perapannya selain minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam bagi menghasilkan gorengan yang cantik dan sekata.


Apa pun kalau nak sedikit kelainan, tambahkan herba tertentu atau dedaun yang boleh mengeluarkan aroma semasa memerap ayam tadi.

Gunakanlah tepung serbaguna jenama yang anda digemari.  Atau jika tidak mahu anda boleh campurkan tepung gandung dengan tepung jagung dengan nisbah 2:1 dan tambahkan sedikit garam / perasa pilihan. Gaul daging ayam bersama bahan-bahan kisar seperti bawang putih dan halia dan juga perasa pilihan. Kemudian taburkan hirisan daun ketumbar atau hirisan daun kari. Celup dalam putih telur dan golek-golekkan atas tepung. Lepas tu goreng.

Jangan lupa sediakan pencicahnya. Biasanya kita sediakan sos cili atau yang sewaktu dengannya. Sesekali sediakan pencicah sendiri apa salahnya.... dan untuk menambah selera, tambahkan perahan jus limau nipis atau jus limau kasturi. Mmmmmm.....

Tiada ulasan: