ADSENSE

Selasa, 18 November 2014

Mencari Resepi Kuih Angin.... ada sesiapa tau?

Suka sangat makan kuih ni... di negeri bawah bayu nama dia kuih angin. Tak tahulah kalau di semenanjung apa namanya.
Pernah sekali cuba buat, kawan bagi resepi tapi tak jadi..... tapiiii rasanya sedap!


Taklah banyak sangat bahan yang digunakan, cuma tepung pulut dengan kelapa parut serta gula merah atau gula melaka saja. Kawan kata kuih angin ni kena kukus. Kita pun kukuslah... tapi tak sama hasilnya macam yang selalu kita beli.
Ada sesiapa yang tahu.... boleh kongsi dengan Amie tak?

10 ulasan:

Cik Sal berkata...

rasanya kalau kat sini dipanghil kuih dangai kot..mcm pernah makan, tapi tak pernah cuba buat plak..

Ita Rossi berkata...

macam kuih dangai...tp kuih dangai dibakar bukan kukus.

AnisahA. berkata...

kuih dangai ni...resepi ada di web myresepi.com...cer carik..

Bbwana adienia berkata...

wana macam pernah nampak kuih tu tapi x pernah makan..:)

kasihilmar.com berkata...

mungkin resipi kuih dangai tapi dikukus.

Amie berkata...

Cik Sal,
saya pun biasa dengar kuih dangai, tapi tak pernah makan.

Ita,
kuih angin ini dikukus.

AnisahA,
dah cari tapi resepi tak sama sebab kuih ni tengah-tengah bubuh gula merah / melaka.

Amie berkata...

Bbwana,
selalu dijual di gerai, di pasar2...

Zanita,
yaa... saya pun keliru...

nor fadilah baharuddin berkata...

Mencari telor sotong , ketam lembut, udang lipan, telor ikan tuna , ayam pandan 2 perisa 1. hot & spicy 2. saty & siput buloh / pepahat belum pernah rase cube beli dulu pasti tidak akan menyesal
berminat boleh pm/whtsap sy di
012-6323635/ 017-2710304
stok sangat limited kerana terlalu banyak permintaan
jika berminat untuk menjadi sub- agent di kawasan anda blh pm/whtsp sy
012-6323635 / 017-2710304

AnisahA. berkata...

kak amie..lebih jelas lagi cari 'kuih dangai gula melaka'...oleh kak fida di sini..http://www.myresipi.com/top/detail/8274..saya dah penah try juga...sedap, fav mak saya.

Amie berkata...

AnisahA,
terima kasih banyak.... nanti saya cuba google.