ADSENSE

Sabtu, 8 November 2014

Hati Masak Sambal Cili Padi Yang Sedap!

Ada hati? Ada lebihan hati dalam peti sejuk? Tak kiralah hati ayam atau hati lembu. Kadang-kadang berbulan-bulan juga Amie simpan hati, sebab tak ada idea nak masak apa. Jom kita cuba masak hati lembu jadi sambal, buat yang pedaaaassss! Tapi, kalau nak kurangkan kepedasan (sebab Amie gunakan cili padi), kita bubuhlah santan! Lemak manis santan bertemu dengan pedas cili padi, kan ke sedap jadinya!


Bahan-bahan:
500 gram hati lembu - potong dadu setebal 1.5 cm & lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
2 biji kentang - kupas dan potong dadu
1 keping tempe - potong dadu setebal 1.5cm
300ml santan pekat
1 batang serai - diketuk
3cm lengkuas - diketuk
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
25 biji cili padi minyak
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar 
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1.5 cm halia

Cara:
1. Goreng hati lembu hingga separuh masak. 
2. Goreng kentang dan tempe hingga masak.
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan serai, lengkuas, hati lembu, kentang goreng dan tempe goreng.
5. Gaul rata dan tuangkan santan pekat.
6. Masak sehingga kuah pekat, dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Senang aje kan? Kalau tak ingat  itu 'hati' memang banyak jugalah nak ratahnya!

5 ulasan:

kasihilmar.com berkata...

Sedapnya!

Cik Wan berkata...

Saya memang suka hati lembu..dulu2 ada org advice suruh makan untuk tambah darah...skrg dah montel ni tak tahu valid lagi ke tak nasihat tu ..hahahaha, nanti boleh cuba resepi ni, nampak mengamcam!

Amie berkata...

Zanita,
tq... saya suka resepi ni.

Cik Wan,
kalo dah montel sesekali tu boleh laaa ye Cik Wan... tapi masakan ni memang sedap tau!

rahel berkata...

ya ampun...terliurnya saya tengok hati masak sambal ni kak Amie...

Sovia Adra berkata...

Dap ye.... nyum2x thx..