ADSENSE

Sabtu, 8 November 2014

Cendawan Shiitake Berkeju... jom ratah!

Entri ringkas dari Amie's Little Kitchen untuk pagi ini : Sesi ratah-meratah masih diteruskan di dapur kami!

Bahan-bahan:
280 gram cendawan shitake segar - belah 4
1/2 batang lobak merah - potong / hiris nipis
20 biji kacang manis - potong serong
1 tin jagung biji - toskan airnya
2 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar  Holland - cincang
1 sudu makan serbuk keju parmesan
50 gram parutan keju cheddar
1 sudu teh serbuk pati ayam
5 sudu makan minyak zaitun

Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dan  tumis bawang putih serta bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan lobak merah dan cendawan shiitake. Masak sehingga layu.
3. Masukkan kacang manis dan jagung biji. Gaul sebati sehingga kacang manis berubah warna.
4. Taburkan serbuk keju parmesan, parutan keju cheddar dan juga serbuk pati ayam.
5. Gaul rata, dan padamkan api dapur.

Ratah ajelah... habis cerita!