ADSENSE

Selasa, 7 Oktober 2014

Singgang Daging Dengan Air Kelapa.... yang terlajak sedap!

Hari ini dah masuk kerja. Cerita Aidil Adha  @ Hari Raya Korban telah berlalu... mungkin disebabkan cuti yang pendek! Tapi mungkin anda masih ada daging korban yang tersimpan di dalam peti sejuk. Amie memang agak sukar sedikit nak habiskan daging. Tapi sejak Amie cuba resepi barat ala-ala resepi Austria gitu, Wiener Snitzel   DI SINI, Encik Suami pulak yang minta Amie buat lagi. Katanya, daging tu lembut! Haa'aaa memang lembut sebab diketuk-ketuk gitu. Rupanya hari tu habis Encik Suami dengan Fuad & Firdaus makan. Ingatkan ada sekeping tinggal untuk Fairuz, rupanya Fuad ngap habis! Kesian Fairuz tengah tidur... Wiener Snitzelnya nan sekeping itu kena copet Fuad! Permintaan Encik Suami itu Amie tangguhkan dua atau tiga hari kemudian (kalau hari-hari makan daging goreng alamatlaaaa.....) sebab hari ini Amie nak masak singgang daging pulak.... singgang bukan sebarang singgang tau sebab Amie masak Singgang Daging Dengan Air Kelapa!

Singgang Daging Dengan Air Kelapa dah siap!
Minta maaf tuan-tuan dan puan-puan... tak dapatlah nak jemput makan sama sebab dah habis! Amie hirup kuah singgang yang masih panas! Memang tak puas.... slurrpppp... sluurrpppp! Rasanya? Sedap atau tak sedap? Ikut selera masing-masinglah tuan....! Bagi Amie sedaplah, sebab memenuhi selera Amie, dan sebab Amie suka air kelapanya tu! Amie gunakan air daripada 2 biji kelapa muda, lebih kurang 1 liter banyaknya! Memang ada rasa manis-manis buah, manis air buah kelapa, tapi bila dah bubuh asam keping, tambah perasa... sedaplah jadinya! Lagilah kalau picitkan lada nan merah menyala tu! Memang beza pun kalau gunakan air biasa!


Bahan-bahan:
500 gram daging lembu - hiris nipis
1 liter air kelapa  
1 labu bawang besar - belah 6
5 keping hirisan halia muda
5 keping hirisan lengkuas 
1 keping asam gelugur
1 bonggol (bahagian bawah batang) pokok ketumbar - ketuk
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Masukkan air kelapa, daging lembu, bawang besar, halia, lengkuas, asam keping dan bonggol pokok ketumbar ke dalam periuk.
2. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur dan hidangkan panas.

 Lain kali kena bubuh 2 liter air kelapa! Boleh hirup kuahnya puas-puas... sampai peluh-peluh!

5 ulasan:

Ct NoArizah Aris berkata...

Ermmm...kali pertama dengar singgang dgn air kelapa.

Gee® berkata...

Sedap yer Amie...nk cubalah... gee memang peminat singgang

Marziah Zakaria berkata...

sedapnya...nanti boleh try... :)

sudipVSsenduk berkata...

tengok gambar je dah tau tahap kesedapannya

kasihilmar.com berkata...

Assalamualaikum Amie. Saya suka sangat masakan yang masukkan air kelapa, memang sedap!