ADSENSE

Isnin, 6 Oktober 2014

Sedapnya Kacang Bendi Berkeju!

Masak macam biasa. Tumis aje ikut cara kita. Bahan yang digunakan itu saja yang bercampur antara timur dan barat. Kacang bendi kita punya, lobak merah pun kita punya... walaupun gunakan baby carrot dari Australia he hehehhe... cuma tambahannya keju parmesan, keju cheddar & minyak zaitun tu bukan kita punya!

Tak payah bubuh perasa lebih-lebih sebab keju parmesan & keju cheddar yang digunakan itu pun dah ada rasanya yang tersendiri. Terpulanglah pada citarasa masing-masing nak bubuh lebih atau sebagainya.

 Bahan-bahan:
10 batang kacang bendi - potong ikut suka
200 gram daging kisar
4 batang sosej ayam - potong bulat
1 batang lobak merah - hiris bulat
1 sudu makan serbuk keju parmesan
70 gram parutan keju cheddar 
1 labu bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh serbuk pati ayam
4 sudu makan minyak zaitun

Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging kisar, sosej ayam serta lobak merah. Kacau sekali sekala sehingga masak.
3. Taburkan serbuk pati ayam, serbuk keju parmesan dan parutan keju cheddar. Gaul rata dan padamkan api dapur.

Amie ratah-ratah aje... habis semangkuk dan habislah cerita!

2 ulasan:

Cik Wan berkata...

ayoyoyo...sudah terasa kesedapannya..very creative!!!

Acik Erna berkata...

ini betul2 menu baru ni Amie..acik belum pernah makan apa lagi masak macam ni