Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai Belalang

5:00 PTG

Sesiapa yang berasal dari kampung, atau pernah tinggal di kampung tentu kenal dengan petai belalang. Zaman kanak-kanak kami memang tidak lengkap tanpa petai belalang sebagai warna kehidupan anak kampung. Pantang jumpa petai belalang atas pokok yang melambai-lambai dari tangkai, kami pasti akan memetiknya dan makan beramai-ramai. Agaknya pokok petai belalang ni liat kot, sebab tiap kali kami panjat sampai hujung tangkai dan menerjunkan diri ke tanah dengan menarik hujung julainya, memang tak pernah patah punya walaupun batangnya melentur-lentur melengkung ke bawah!

Itu cerita dulu.... kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan. Betapa seronoknya di kala petang, bersama jiran sebelah mengopek petai belalang. Dapat semangkuk kecil isi petai belalang yang dilurut, dibawa pulang dibuat sambal tumis! Tapi... sebenarnya, sambil melurut isi petai belalang, tangan tu nakal juga bawa masuk mulut berbiji-biji petai untuk dikunyah!

Selama menjadi penghuni negeri di bawah angin ini, Amie tak pernah masak atau petik, apalagi makan petai belalang. Bukan tidak ada petai belalang, tapi Encik Suami kata tak boleh dimakan! Tak pernah ada orang makan... katanya. Amie pun diam sajalah... bertahun, tahun lamanya eh! Bukan bertahun... malah mencecah 20 tahun berdiam diri tak sebut pasal petai belalang! Entah mengapa, minggu lepas Amie suarakan sekali lagi kepada Encik Suami. Malah Amie ajak Encik Suami keliling bandar dan keliling kampungnya melihat pokok petai belalang yang tumbuh liar di tepi jalan. Akhirnya Encik Suami berjanji akan mencarikan Amie petai belalang dengan syarat Amie makan terlebih dahulu. Katanya kalau Amie mabuk sebab makan petai belalang, dia tak akan makan. Yuhuuuuu.....

Berhari-harilah juga Amie menanti Encik Suami tunaikan janji.... tapi Amie tak pernah menagih janjinya! 




Tiap kali keluar dengan Encik Suami, mata kita memandang saja buah-buah petai belalang yang matang di tepi jalan... di mana-mana saja, di tepi padang sekolah, di selekoh jalan ke hospital, di belakang pasar sayur.... pendek kata ada saja pokok ini di mana-mana saja!

Petang kelmarin, Encik Suami benar-benar kotakan janjinya. Masha Allah.... penuh satu bonet kereta disumbatnya dengan petai belalang! Katanya dia minta tolong pekerja pembersihan petikkan petai belalang dari pokok yang tumbuh liar di tepi padang. Mereka tanya pada Encik Suami... nak buat apa? Oh! Benarlah.... patutlah Encik Suami kata tak ada orang makan petai belalang! Rupanya ramai tak tahu petai belalang boleh dimakan! Dan sudah tentulah banyak khasiat petai belalang yang mereka tak tahu.


Agaknya kalau Amie lurutkan isi petai belalang ni tak siap satu hari! Amie ambil sikit saja, cukuplah secekak untuk dibuat sambal tumis ikan bilis.

Tak cukup petik yang tua, yang muda pun Encik Suami angkut sekali! Yang muda dan lembut sebenarnya boleh dibuat ulam, begitu juga dengan pucuk petai belalang.




Setahu Amie, petai belalang ni boleh dijadikan ubat sakit kencing manis dan ubat darah tinggi. Sama kot khasiatnya dengan petai biasa tu.

Wokeeeyyy... cukuplah lurut banyak ini aje. Kang yang makan pun Amie seorang.... kalau mabuk pun Amie seorang juga! Tapi... tengoklah nanti, ada tak Encik Suami pun ikut makan!

 Bahan-bahan:
1 cawan isi petai belalang
1 cawan ikan bilis goreng
1 cawan cili kering kisar
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 labu bawang besar - hiris kasar

garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
belacan sebesar ibu jari
sedikit halia

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula pati asam jawa, ikan bilis, garam / gula / perasa pilihan. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan petai belalang serta hirisan bawang besar.
5. Bila petai belalang telah berubah warna, padamkan api dapur.
6. Hidangkan bersama nasi panas.

Kelmarin Encik Suami tengok saja Amie makan Sambal Tumis Ikan Bilie dengan Petai Belalang. Hari ini, sewaktu makan tengahari dia ambil sendiri baki sambal yang Amie panaskan. Dia sendukkan atas nasinya dan katanya.... sedap sambal ni. Agaknya dia tengok Amie tak mabuk makan petai belalang, jadi dia pun beranikan diri mencicipinya pula!

8 comments

  1. Salam Amie. MIL Kjee pun kata petai ni boleh makan tapi Kjee tak konfiden. Huhuhu

    BalasPadam
  2. Akak pun suka petai ni MIe letak dlm sambal apa pun..

    Kak Jie mmg boleh makan kami makan dah lama pun dari petai nya ke daun nya dan buah nya muda

    BalasPadam
  3. Kjee...
    alahai Kjee... selamat dimakan... awet muda ooo.

    Kak Noor,
    orang utara (Kedah) memang kaya dengan ulam-ulaman kan kak... tu pasal muka berseri, muda jelita sebab rajin makan ulam he hehe... ada kawan saya dari Kedah tu macam2lah jenis ulam yang dia makan ... saya belajar makan bunga kunyit pun dari dia!

    BalasPadam
  4. Assalam kak..

    Petai ni mmg sedapp.. masa kecik dulu2 lt kpg (Sarawak) mmg suka carik..berebut2 ngan sepupu..tp xde la buat sambal tumia camtu..kitorg makan mentah jer..pastu memasing mulut bau petai..hahaha..tp bau dia x ler sekuat bau petai yg besar tu..heheh

    BalasPadam
  5. Nampak menyelerakan...Saya tak pernah masak sambal tumis masukkan petai belalang. ini sangat menarik!

    BalasPadam
  6. سرونوء ملوروت فتاي جاوا دري كوليتث. مكانن ماس كچيلكو

    BalasPadam
  7. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe