ADSENSE

Selasa, 28 Oktober 2014

Sambal Ikan Yang Simple Dimple!

Kejap lagi dah nak pergi kampung. Esok ada kenduri arwah di rumah adik ipar, jadi malam ini kenalah tolong sikit-sikit mana yang patut. Sebelum tu, sempat masak sambal ikan dan letak bawah tudung saji. Ikan yang Amie masak hari ini iakan layar. Nak cerita pasal ikan layar, nanti lambat pulak nak bertolak ke kampung. Sesiapa yang rajin selongkar dapur Amie, tentu pernah terjumpa ikan layar bawah tudung saji. Ikan ini besar dan panjang... mencapai 3 meter! Ikan laut dalam dan sekarang ini hanya sekali-sekala saja boleh jumpa ikan ini di pasar. MIL & FIL suka sangat makan ikan layar. Tiap kali ke kampung, memang selalu ada stok ikan ini dalam peti sejuk! Kalau Amie masak di kampung, memang habislah bahagian perutnya yang berlemak tu Amie ratah!

Sambal ikan yang Amie olah ini ikut resepi MIL. Bubuh perahan limau nipis. Petang tadi Encik Suami beli banyak ikan layar, dan akan Amie olah kesemuanya untuk dijadikan lauk nasi kuning. Esok pagi akan dihantar ke kampung, dijadikan salah satu hidangan sarapan untuk ibu-ibu yang datang menolong untuk kenduri arwah. Maklumlah, esok kita kerja, jadi tak dapatlah datang ke kampung waktu pagi. Sebagai ganti, hantar sarapan sajalah.... minta maaf banyak-banyak  buat keluarga di kampung.
Jadi, sebelum masak semuanya, eloklah masak sedikit dulu sebagai percubaan.... he hehehe sebab nak rasa sedap atau tidak, sesuai atau tidak dengan selera orang kampung Encik Suami. Jadinya, Encik Suamilah yang jadi mangsa untuk merasa dan komen sambal ikan layar itu nanti! Kalau ikut tradisinya, sambal ikan ini kena ada rasa masam... masam dari perahan jus limau nipis.
 

Bahan-bahan:
1 kg ikan layar - potong ikut citarasa - lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - goreng setengah masak - ketepikan
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam /perasa pilihan
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
20 biji lada kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan  minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan ikan.
3. Masukkan garam / perasa pilihan.
4. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
 
Hari ini hujan sepanjang hari... petang tadi sebaik saja buka pintu pagar nak masuk rumah terus terpandang buah mata kucing Brazil basah kena air hujan....

Buah epal bidara di atas tu yang terbantut sekian lama nampak macam happy je kena siram air hujan ha hahahaha.... cuma bila ke belakang nak ambil gambar mangga udang, ingatkan basah juga.... tak basah pun buah pauh dilayang tu! Jadi... tak ambillah gambarnya....

4 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

Amie, ikan layar tu cemana ah tak tau maktok ni, dan mata kucing tak pernah makan sedap tak

Bearcat berkata...

Alahai Amie...sedapnya sambal tu. Sudahlah Amie hidangkan sambal ikan tu dalam pinggan tin yang benar-benar menggamit memori saya semasa kecil :)

CikLily Putih berkata...

nampak cam sedap je nampak...

kasihilmar.com berkata...

Suka sambal ikam macam ni makan dengan nasi lemak. :)