ADSENSE

Rabu, 15 Oktober 2014

Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Pastinya Sedap!

Amie suka juga makan kuih cara, yang manis atau yang berlauk. Sayangnya bila nak buat kuih yang kecil comel menawan ni terfikir dua tiga kali... sabarkah aku menunggu hingga habis adunan? Lepas tu nak isi intinya lagi, nak hias dengan daun bawang, daun sup, bubuh hirisan cili dan bawang goreng di atas satu persatu kuih cute ini. Sedangkan kalau buat roti jala pun, paling banyak 10 - 15 ketul yang siap, selebihnya jadi lempeng he he heheeh! 
Kali ini Amie buat sampai habis... sampai ke titisan adunan yang terakhir! 

Bagi sesiapa yang biasa membuat kuih cara samada untuk makan keluarga, jamuan rumah terbuka atau untuk jualan memang ini merupakan salah satu kuih yang mudah dan bahannya pun senang didapati. Resepi ini juga terdapat dalam sukatan pelajaran KBSM, dan ini bermakna anak-anak remaja yang mengambil mata pelajaran sains rumahtangga memang tidak asing dengan kuih cara ini. He he heheh.... Amie tak ikuti subjek ini semasa di sekolah dulu.

Inti Kuih Cara ini boleh dipelbagaikan. Ada yang suka inti udang, ayam dan juga daging kisar yang dimasak terlebih dahulu bersama serbuk kari untuk jenis pedas, manakala gula pula digunakan untuk jenis kuih cara manis. Kalau kuih cara yang asas seperti dalam sukatan KBSM, kuih cara berlauk bertangkup seperti di bawah ini.

Ini bermakna setelah batter dituangkan ke dalam separuh acuan, kenalah masukkan inti dan kemudian tuangkan sekali lagi batter untuk menutup intinya... dan samalah seperti kita buah kuih cara manis, dengan meletakkan gula di dalamnya. Gambar di atas ialah kuih cara jenis pedas (savouri) yang Amie buat secara bertangkup. Tapi... itulah... kurang cermat, jadi hasilnya taklah lawa... he hehehhe intinya timbul sikit! Yang di bawah comel sikit... disebabkan Encik Suami tak sabar nak makan kuih cara berlauk yang pedas, jadi Firdaus pun nak ikut sama makan. Amie isikan gula di dalamnya untuk dijadikan kuih cara manis. Biasanya kuih cara manis beraroma pandan, mengandungi jus pandan... warna hijau! Tapi... bukan dalam perancangan Amie nak buah yang manis. Bila tengok Firdaus menangis nak makan juga, Amie pun buatkan beberapa ketul yang manis untuknya.

 Nampaknya suka benarlah Firdaus makan kuih cara manis dia yang warna kuning tu!

Bahan-bahan (untuk batter):
250 gram tepung gandum - diayak
500 ml santan - boleh juga gunakan susu
1/2 sudu teh garam
2 biji telur gred B
setitik pewarna kuning telur
sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan

Bahan inti:
300 gram daging kisar
2 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan 3 sudu makan air
2 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu teh serbuk pati ayam / garam - secukup rasa
minyak

Cara menyediakan inti:
1. Untuk sediakan intinya, panaskan sedikit minyak  dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi. 
2. Masukkan pes kari dan tumis hingga harum dan seterusnya masukkan daging kisar.
3. Kacau sebati daging kisar dan perasakan dengan serbuk pati ayam  / garam.
4. Masak hingga kering
5. Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan batter:
1. Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
2. Tuang batter ke dalam jug penyukat.

Cara memasak kuih cara:
1. Panaskan acuan kuih cara.
2. Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
3. Tuangkan batter hingga setengah penuh.
4. Masukkan dengan cermat 1 sudu teh inti.
5. Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
6. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
7. Cungkil tepi kuih dengan pencucuk dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
8. Ulangi hingga batter habis.

Resepi yang Amie tuliskan di atas menghasilkan bentuk kuih cara pedas (savouri) seperti gambar di bawah ini.

Sekiranya nak buat kuih cara berlauk seperti di bawah ini, kenalah isikan hampir penuh acuan dengan batter dan kemudian masukkan inti samada udang, ayam atau daging dan kemudian tambahkan hirisan cili merah, daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng, dan biarkan masak perlahan-lahan.

Jadi... nampaknya Amie sediakan kuih cara 3 dalam 1. Cuma kuih cara manis Firdaus punya tu yang Amie tetap gunakan batter yang sama sebab malas nak buat adunan lain.

Hari ini dalam sejarah tau.... sebab Amie berjaya menghabiskan adunan kuih cara hingga ke titisan terakhir! Tapi tak sempat kira berapa biji dapat sebab setiap kali keluar acuan... sudah ada tangan yang menunggu!

  Kuih cara yang manis pun dapat!

 Kuih cara pedas yang bertangkup pun dapat juga!

Padahal idea asalnya cuma nak buat Kuih Cara Berlauk saja!

12 ulasan:

sudipVSsenduk berkata...

tergelak saya baca kuih cara bertukar ke lempeng. Kita serupa la.. HAHAHA

hazila berkata...

hehehe... saya pun bukan dlm golongan yang "sabar". Sebab tu selalu buat short cut je.

kehidupan sihat berkata...

fav nana cara manis pandan tu..huh,lama tak buat.
kene beli acuan dia la nanti,aritu guna kat umah ayah..hehe

cara daging ni pun boleh buat nnti.thanks for sharing kak :)

jemput ke blog nana
salam perkenalan

ct cucubi berkata...

kak ami, sy tgk cara berlauk akak isi terkeluar2 lagi nampak mengiurkan..sedapnya~

Bicara Kak Noor berkata...

sedap tu mie kuih cara amie dah posing pun macam2 cara jugak buat terliuq lah

EmbunRosaliza berkata...

Sedap amie cara berlauk, kita pun sama malas ya ampun nak buat cara berlauk, kalo cara manis rajin je heheh, tapi sedapkan cara berlauk buatan sendiri ni

kasihilmar.com berkata...

Citarasa saya sama dengan firdaus, hehe..
Untuk pengetahuan Amie, sehingga kini saya tak pernah makan cara berlauk dan juga pau daging/ayam. Mungkin satu hari nanti kena cuba juga. Kuih cara berlauk Amie nampak sedap!

LiNa_Pg berkata...

Menarik betul kuih cara k.amie..kalerpul..berselera nk mkn

Sury Abil berkata...

Sedap...x pernah lagi buat kuih cara ni..simpan dulu resepi yer kak..nnti blh try.tq..

Liza berkata...

Thanks for sharing.

Liza berkata...

Thanks for sharing.

bil bil berkata...

resepi kuih