ADSENSE

Isnin, 6 Oktober 2014

Pindang Ikan Jelawat

Masak pindang ikan di hari raya kedua? He heee.... biasanya kalau dah kunjung ziarah beberapa rumah terbuka, memang mula rasa muak nak makan makanan berlemak! Apa lagi kalau di rumah sendiri pun penuh dengan lauk pauk berasaskan daging lembu dan daging ayam! Biarlah... yang suka makan tu teruskanlah.Biarlah Amie masak beberapa kepingan jelawat untuk lauk sendiri. Teringin nak makan nasi putih panas-panas dengan sambal belacan dan sayur kailan ... tambah Pindang Ikan Jelawat sekeping dua, cukuplah tu! Nak hirup kuahnya yang masih panas... adeeehhh! Memang sedap.... dengan aroma daun kesumnya tu!

Siap dah Pindang Ikan Jelawat. Masaknya pun sekejap saja, cuma ambil masa sedikit untuk kurangkan bau kurang enak pada ikan tadi. Kalau rajin, Amie akan lumurkan ikan air tawar dengan tepung gandum atau asam jawa untuk mengurangkan bau hanyirnya. Tapi kalau tak ada tepung gandum, rendamkan saja bersama jus limau nipis atau lemon dan masukkan sekali kulit limau tadi ke dalam air rendaman ikan. Biasanya Amie gunakan lemon, sebab itu sajalah buah yang sentiasa ada di dapur berbanding limau nipis atau limau kasturi. Oh yaaa... ikan mestilah dibersihkan terlebih dahulu ye sebelum lumur dengan apa-apa bahan untuk kurangkan baunya tu. Jangan pulak perahkan jus limau ke atas ikan tanpa air, nanti ikan terus jadi umai sebab isi ikan sudah masak terkena jus limau tadi! Biarkan beberapa minit... kalau Amie yang jenis tak suka menunggu lama, dalam 5-7 minit cukuplah. Lepas tu bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

 Bahan-bahan:
4 kepingan ikan jelawat 
1 labu bawang besar saiz kecil - mayang kasar
2 ulas bawang putih - pecahkan
1 batang serai - ketuk
2 tangkai daun kesum
1 biji tomato - belah 4
7 biji cili padi
1 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
600 ml air

Cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak di atas api dapur.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, asam gelugur dan serbuk kunyit.
3. Setelah mendidih masukkan ikan serta tomato serta daun kesum. Masak ikan lebih kurang 5-7 minit.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

Jangan lupa hidangkan dengan sambal belacan dan sayur atau ulam-ulaman.

1 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

mesti lajak makan nasi kalau gini lauk nya Mie sakit mata tengok ni