ADSENSE

Jumaat, 17 Oktober 2014

Lucu banget.... Puding Telur Ceplok @ Puding Telur Mata Kerbau

Walaupun setiap hari asyik bersilat dengan periuk belanga di dapur, sesekali nak juga ketawa gelak-gelak untuk hiburkan hati. Justeru itu..... tak sabar-sabarlah ni kononnya nak cuba buat Puding Telur Ceplok  @ Puding Telur Mata Kerbau dan lagilah tak sabar nak tengok hasilnya! Ini gara-gara ternampak Puding Telur Mata Kerbau di dapur LINA : TERATAK MUTIARA KASIH. Katanya Lina, puding ni asalnya dari tanah seberang, gunakan jelly berperisa oren dengan nama Puding Mata Sapi. Amie pun tanya Encik Google tentang asal muasal Puding Telur Mata Kerbau @ Sapi ini. Rupanya puding ini diilhamkan oleh IBU RETNO SATIYANING dari DAPURNYA NAFAREL. Ibu Retro gunakan santan dengan labu kuning. Tapi aku memandai gunakan lobak merah... dah itu aje yang ada, nak buat cemana.... kira kreatif & inovatif jugaklah kan.

Inilah hasilnya Puding Telur Ceplok dari dapur Amie. Amie buat telur mata satu, mata dua dan mata tiga. Ha ha hahaha.... tak dapat dibayangkan betapa anak-anak dan Encik Suami pun akan ikut ketawa melihat betapa comel dan lucunya Puding Mata Ceplok ini. Oh yaaaa! Ceplok dalam bahasa Jawa membawa maksud 'telur yang dipecahkan' he he hehe... itu pun kalau tak silaplah.... bukan isinya yang dipecahkan, tapi kulit telur tu 'diceplok' pada sesuatu yang keras bertujuan untuk memecahkan kulitnya.

Bila Amie bandingkan hasilnya ternyata bentuknya memang sama, dan sekali pandang tentu anda akan tertipu. Tapi bila diamat-amati kok warnanya oren amat! Padahal warna asli kuning telur seperti di bawah ini ya.... Tak apalah, puding yang kuhasilkan ini merupakan 'telur' yang baru... biasanya kuning telur yang baru warnanya pekat sedikit berbanding warna kuning telur yang agak lama. Ayat nak bela dirilah ni... kalau tak tahu cakaplah tak tahu kaannn.... atau sebenarnya kelam kabut nak buat sampai dah tak pedulik hasil warnanya. Tak apa, ini untuk suka-suka aje.... kan awal tadi dah kata, saja nak ketawa berdekah-dekah sorang-sorang kat dapur!

 Ni warna telur asal yang baru diceplok.

 Ni yang sudah digoreng.

Wokeeeeyyy... kita terus kepada resepinya. Untuk menyediakan kuning telur, gunakan saja acuan kuih lompang seperti di atas tu.

Bahan A:
1/2 paket agar-agar serbuk
200 gram lobak merah - rebus hingga masak, toskan air dan kisar halus (Bu Retno gunakan labu manis)
300 ml air - Amie gunakan air (Bu Retno gunakan santan, kalau Amie gunakan santan tentulah warna kuning telur tu tak begitu oren kan)
50 gram gula pasir
1/4 sdt garam
1 sudu makan pekatan oren Sunquick - Amie tambah sendiri
Bahan B:
500 ml santan 
125 gram gula pasir
1 lembar daun pandan
1/2 paket agar-agar serbuk
1 sudu teh serbuk jelly 
1/4 sudu teh garam

Cara:
1. Campurkan semua Bahan A kecuali lobak merah kisar. Masak hingga mendidih dan kemudian tambahkan lobak merah. Tapis.
2. Tuang ke dalam acuan kuih lompang dan biarkan sejuk.
3. Campurkan semua Bahan B dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
4.Keluarkan puding dari acuan lompang dan letakkan secara terbalik di dalam bekas yang sesuai . Kemudian tuangkan adunan dari Bahan B. Sejukkan.
5. Setelah sejuk, hidangkan tanpa mengeluarkannya dari bekas yang digunakan.
 
Okeylah kaaannn... .

Tak tahulah apa reaksi anak-anak nanti... semuanya belum sampai rumah. Tapi Amie dah letak puding ni bawah tudung saji hihihii...

Cubalah... seronok tengok hasilnya... memang menghiburkan hati!
Terima kasih Bu Retno....

13 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

waduh2 cantik bangetttt ciplok pun cilok ke apa2 pun mesti sedap ni Mie, tingin nak rasa lah

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, memang lucu tgk puding ni, hari tu masa lina buat dia wasap bg tgk, semua teka telur mata kerbau hehehhe. Bila nak rajin buat ni

LiNa_Pg berkata...

Kak amie..ni telur Omega 3 ni sbb tu kaler oren hihii..
Cantik menawan tu

Umie Jazz berkata...

Assalam amie betul laa amie sebijik cam telur original..salah pandang cam telur ayam kampung.Telur ayam kampung kuningnyer mmg kaler lebihkurang camtu..hehe teruja pulak saya...

aeinio berkata...

Kretip sungguh πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Suzana Ibrahim berkata...

pada mulanya saya ingat ia telur yang betul,cantik sungguh.

kasihilmar.com berkata...

Menarik puding ini, begitu kreatif..

juls julie berkata...

Assalam..ingatkan telur yg betul2..hjehehe

kalau kaler oren cenggini, biasanya telur masin kak..hehehehe

tp mmg nampak menyelerakan..hehehe

Amie berkata...

Kak Noor,
ha hahahha... rasa macam puding le Kak Noor weii.. tak dok rasa telur pun :)

Rosa,
Waalaikumussalam.... tak cukup senyum, ketawa sorang2 kat dapur Rosa ha hahaha...

Lina,
yaaa... yaa baru teringat dulu pernah beli telur omega 3, memang warna kuningnya tu pekat betuiii.

Amie berkata...

Umie Jazz,
Waalaikumusssalam... telur ayam kampung pulak ye... he hehhe dah lama sangat tak ceplok telur ayam kampung, lupa lak warnanya, tq Umie.

Aeinio,
tq...tq...

Suzana,
he hehehe... tu la .. mula2 tengok pun saya sangka telur betul, tu yang teruja nak buat tu Suzana.

Amie berkata...

Zanita,
seronok dapat mencuba benda-benda kreatif ni... syukur ada yang sudi kongsi idea & resepi

Juls,
Waalaikumussalam, ooo telur masin pulak ya... ya yaaa, ada kuning telur masin warna gini, ada yang warna pucat kuning je kaa... tq for sharing.

Wani berkata...

salam kak amie.. comeynya ..dah buat april fool ni .. haaa kan terkena

Wani berkata...

salam kak amie.. comeynya ..dah buat april fool ni .. haaa kan terkena