Lempeng Kelapa.... nostalgia orang kampung!

3:11 PTG

Dulu-dulu.... (kakak Amie yang sulung suka sebut sebagai zaman Tuk Kaduk) memang tak pernahlah tak buat lempeng! Setiap bulan Ayahanda akan membawa pulang sekarung tepung bersama seguni beras dan inilah makanan asas yang mesti disediakan memandangkan kami ramai adik-beradik, dan tentulah banyak mulut yang perlu disuap! Macam-macamlah Bonda dan kekanda Amie olah makanan daripada tepung, baik untuk sarapan pagi atau sarapan petang. Kalau dah jemu makan lempeng, tukarlah pulak buat cekodok. Segala pisang dari kebun, ubi, keladi, keledek dan entah apa lagi yang boleh digaul bersama tepung, maka jadilah macam-macam hasilnya! Pendek kata, puaslah kami makan lepat ubi, lepat pisang, lempeng ubi, lempeng pisang.... dah tak tersebut lagi dah.... Sebut tentang lempeng ubi, daku tiba-tiba teringin sangat nak makan lempeng ubi campur kelapa. Sayangnya tika keinginan tak dapat ditahan, ubi pulak tak ada! Akhirnya jadilah juga lempeng yang ada kelapa... bukan lempeng ubi campur kelapa tapi lempeng kelapa! Jadilah... daripada tak ada baiklah ada.

Buat Lempeng Kelapa sikit saja... makan pun sorang-sorang aje. Cukuplah buat ubat rindu nak makan lempeng! Sabarlah..... hujung tahun nanti boleh makan lempeng ubi kelapa puas-puas di kampung. Ya Allah.... sedapnya dapat makan sekeping lempeng ubi kelapa... lepas tu minum kopi hitam panas! Hei... apa ni asyik cerita pasal lempeng ubi padahal yang nak diceritakan ni Lempeng Kelapa! Lempeng yang diperbuat daripada tepung dengan kelapa parut!

4 keping lempeng comel di atas dan di bawah ini Amie gunakan secawan tepung dan secawan kelapa parut. Tabah sedikit garam, dan 3/4 cawan air. Ringkas dan mudahkan cara penyediaannya seperti di bawah ini:

Bahan-bahan: 
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
3/4 cawan air - jika adunan terlalu kental, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut,  garam dan air.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan glis dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah, terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng masak.
6. Hidangkan bersama pencecah kegemaran.


Amie cicah Lempeng Kelapa dengan sambal tumis ikan bilis....

9 comments

  1. Assalam Amie, kita dulu2 suka buat jemput2 kelapa, pastu cicah gula je.

    Hari tu masa ke Melaka oder lempeng kelapa cicah sambal bilis memang terangkat la. Mkn masa dh kenyang la kunun2nya boleh habis juga sebiji.

    Best bau harum kelapa tu, yg campur ubi tak pernah mkn n buat lagi, mesti sedap juga ni

    BalasPadam
  2. Saya pun suka lempeng. Sesuai sangat diregu dengan sambal tumis ikan bilis. Kadang tu saya juga suka masukkan pisang dan cicah dengan madu, sedap jugak!

    BalasPadam
  3. kak amie, baru sari dua lepas makan lempeng kelapa ni. kalau balik kampung memang menu wajib. cheq sue suka cicah dengan gula.... mak pulak suka dengan sambal... adik beradik pun memang gemar

    BalasPadam
  4. Sedap nyer lempeng kak amie, nanti saya nak cuba gak le...suka tgk blog akak...banyak resepi yang boleh sy mencuba...thanks kak

    BalasPadam
  5. Assalam. Lempeng ubi dgn kelapa tu mcm mn pula resepinya? Mohon share sis. Mcm teringin pula nk buat n nk mkn.

    BalasPadam
  6. EizMerah,
    Parut ubi dan parut kelapa. Letaklah banyak mana, ikut suka, tapi biasanya nisbah ubi dengan kelapa 2:1. Bubuh garam sikit, Lepas tu masak macam lempeng biasa..

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsiannya.
    Saya ambil perkongsiannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

    BalasPadam
  8. akak guna ubi apa kak? ubi kayu ke/

    BalasPadam
  9. yang order lempeng kelapa kat melaka tu kat mana kak. kat johor sape tauu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe