ADSENSE

Isnin, 27 Oktober 2014

Kecuuuurrrnya.... Jeruk Mangga & Jeruk Mangga Asam Boi!

Selalunya kalau ada mangga muda, cuma Fairuz saja yang suka makan... itu pun mangga yang jenis tak berapa masam macam mangga manila atau mangga udang. Selebihnya Amie suka buat kerabu, kadang-kadang campur dengan peria, dan kalau rajin campur dengan rumpai laut.

Bila tengok kawan-kawan buat jeruk mangga, tiba-tiba rasa terpanggil pula untuk mengupas buah mangga dalam bakul di sudut dapur. Ada 10 biji kesemuanya. Tidaklah begitu muda dan tidaklah begitu tua. Dah siap kupas, potong-potonglah ikut saiz yang diingini.

Kalau ikut cara Amie, selepas mangga dipotong, Amie akan perap selama 45 minit - 1 jam dengan garam. Ikut gambar di atas tu, sebenarnya separuh saja sukatan garam yang Amie gunakan.

Buah mangga akan mengecut, dan getahnya turut hilang. Lepas tu kita buangkan air mangga yang diperap tadi. Cuci atau bilas beberapa kali dan kemudian toskan.

Sementara menunggu mangga diperap bersama garam tadi, kita masaklah air gula dulu. Jadi bila mangga sudah dibilas dan ditoskan airnya, air gula pun sudah sejuk dan sesuai untuk dituangkan ke atas buah mangga. Oh ya!Amie gunakan 3/4 cawan gula pasir dan 1 1/2 cawan air. Masak air bersama gula hingga mendidih dan gula menjadi larut.

Jika suka pedas, tambahkan cili padi.... adeeehhhh.... patah-patahkanlah kalau sampai hati! Hihiii.....

Lepas tu masukkanlah dalam balang dan simpanlah di tempat yang sesuai.... biasanya dalam peti sejuklah. Biasanya sewaktu hari raya, memanglah jeruk-jeruk buah menjadi salah satu hidangan wajib di rumah kami di kampung. Jeruk-jeruk buah inilah yang menjadi pilihan utama para tetamu yang datang. Macam-macamlah jeruk buah terhidang... ada jeruk betik, cermai, kedondong, nenas, dan entah apa lagi! Dulu, mana ada peti sejuk.... disebabkan jumlah jeruk yang banyak dan takut basi, Bonda akan tapis buah jeruk, dan panaskan airnya... dan masukkan semula air tadi setelah sejuk.

Mmmm.... itu cerita jeruk zaman dulu. Dah melihat fenomena jeruk mangga asam boi, kita pun minta Encik Suami belikan asam boi. Bersoal jawab pulak dia.... yang mana satu? Yang asam boi itulah...  kita jawab tapi pelik-pelik juga dengan pertanyaannya. Ada asam boi dan serbuk asam boi yang orang makan dengan buah... Mummy nak yang mana satu? Tanya lagi Encik Suami. Ohhhh... nak yang asam boi biji tu....
Amboii.... Encik Suami tunjuk perasaan ke... dibelikannya satu bungkus besar asam boi! Kita pun ucapkan terima kasih padanya dan tak sabar-sabar campurkan asam boi tadi bersama buah mangga yang sudah kecut diperap dengan garam. Kita tambahkan sedikit gula pasir dan potongkan cili padi bagi dia rasa pedas.

Kita makan sepotong dua je... yang dalam balang yang campur air gula dan yang campur dengan asam boi tu Fuad & Farid yang makan... heiii... anak jantan pun pandai makan masam-masam yea..... dan tak sangka pula, Encik Suami pun makan sama!

6 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Amboiii....Amie dah kecur airliur atie dah ni!!!!

Fadzillah berkata...

Salam Amie.... aduh sedapnya nengok jeruk pelam Amie.Semenjak duduk kat bandar ni susah pula nak dapatkan mangga muda.Kat kampung dulu keliling rumah ditanamnya pokok mangga,nak makan tinggal ambil je.Terliur jelah nampaknya.

kasihilmar.com berkata...

Tengok Amie buat jeruk, rasa macam nak buatlah juga...

Cik Wan berkata...

menarik tertarik rupanya..slurrpppp...sedapkan? sampai sengal2 gigi Cik Wan mkn jeruk ni hahaha

Ruzita Idias Ismail berkata...

Amie..sedap sangat nampak..nak bercakap dah tak boleh dah..kecur liur jadinya. Lambat pulak rasanya mangga epal dekat halaman tu membesar, tak sabar2 nak memetiknya...adoo..

jerukmanggaasamboi berkata...

Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

Ada 2 saiz bekas :

Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.

★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas

Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

http://jerukpelamasamboi.blogspot.com