ADSENSE

Khamis, 11 September 2014

Cendawan Tiram Goreng Daun Ketumbar

Jom cuci mata dengan kudapan di petang hari. Hari ini terlebih rajin sedikit, masuk dapur awal dan keluar dari dapur dengan sepiring Cendawan Tiram Goreng Daun Ketumbar.


Ambillah beberapa kuntum cendawan tiram, tak kiralah yang besar atau saiz kecil. Siat-siat ikut ukuran yang disukai. Kemudian bancuh tepung beras campur sedikit tepung jagung dan tepung gandum. Kalau nak sedap tambahkan lada putih tumbuk. Jangan lupa perasanya sekali, garam pun boleh, nak bubuh perasa serbuk pati ayam pun boleh. Bubuh sedikit baking powder, dan adun semua bahan dengan air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Amie buat ni ikut rasa, main campak-campak aje. Oh... ya! Amie suka aroma daun ketumbar, jadi Amie bubuh juga hirisan daun ketumbar. Lepas tu bila nak goreng, panaskan dulu minyak dalam kuali. Biar betul-betul panas baru goreng cendawan tadi. Senang je, celup cendawan dalam adunan tepung dan terus masukkan dalam kuali!



Kalau nak hasil gorengan yang rangup dan garing, sukatan tepung beras mesti lebih daripada tepung gandum. Bubuh tepung jagung sikit je. Kalau nak rasa yang berbeza, bolehlah tambahkan serbuk kari, atau nak lebih pedas masukkan saja serbuk cili. Habis cerita kaaann...


Haiiiyyoooo.... Amie bersendirian di rumah petang ini. Habislah cendawan tiram goreng kukunyah sorang-sorang. Tinggal beberapa ketul je, biarlah... mana tahu kejap lagi penghuni rumah balik, ada yang nak merasa!

 

Jemput!

3 ulasan:

rahel berkata...

Perghh...mesti rangup macam udang tempura kan kak? Mau bah...

Bbwana adienia berkata...

sedapnya..saya pun suka makan ni kak..^_^

..di lesung pecah.. berkata...

Assalamualaikum...lama dah x jengah blog akak..singgah sini mlm ni nak jamu mata tgok cendawan grg yg super..bapa mertua saya pengusaha cendawan ni kak..