ADSENSE

Ahad, 6 Julai 2014

Masak Lemak Cili Padi Perut (Babat) Dengan Kacang Panjang

Dah lama tak masak babat @ perut. Masak Lemak Cili Padi (Babat) Dengan Kacang Panjang ini Amie buat untuk hidangan berbuka puasa sebab teringin pula nak makan yang pedas-pedas. Amie gunakan 1/2 kg perut yang sudah siap direbus. Amie tambahkan kacang panjang serta lobak merah.


Bahan-bahan:
1/2 kg perut yang siap direbus - hiris ikut suka
5 batang kacang pancang - potong serong
1 batang lobak merah - potong ikut suka
1 batang serai - dititik 
200ml air
200ml santan pekat
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm kunyit hidup
1 genggam udang kering - direndam hingga lembut


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serai diikuti dengan perut dan lobak merah. Gaul sebati.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih atau sehingga perut menjadi benar-benar lembut.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan sehingga berubah warna menjadi hijau tua.
5. Tuangkan santan pekat, diikuti dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau sekali sekala supaya tidak pecah santan.
7. Apabila kuah mula mendidih, padamkan api dapur.

Tiada ulasan: