ADSENSE

Rabu, 7 Mei 2014

Samosa Inti Burger

Sempat pulak hari ini buat samosa untuk minum petang.... sebab rancangan untuk masak nasi dan lauk diubah ke 'kedai'. Tak laratlah nak angkat periuk bila sampai rumah pukul 2 petang dengan beban kertas peperiksaan pertengahan tahun yang terpaksa disemak siang dan malam... malam dan siang! Kesian pulak tengok Farid kelaparan di rumah (bujang kami cuti empat bulan), jadi lepas janji dengan Encik Suami untuk makan di Rumpun Selera, Amie pun angkut Farid & Fuad ke sana. Makanlah apa yang nak dimakan... pilih saja. Dah kenyang, terus balik rumah. Rasa nak melingkar depan televisyen... alamatlah sampai ke petang gue ngorok! Jadi, kononnya merajinkan dirilah ke dapur kalau ada sesuatu yang boleh diolah untuk minum petang anak-anak.


Minta maaflah teman... sebenarnya dah lupa macamana lipat samosa. Nak tanya Mr Google pun rasa malas sangat sebab talian teramatlah lambatnya mengalahkan siput khinzir mengesot! Liat sajalah mana yang dapat. Kepada yang belum biasa lipat kulit samosa,bolehlah klik DI SINI untuk mempelajarinya sebab di situ Amie pernah buat Samosa Inti Daging Kisar. Kali ini Amie buat Samosa Inti Burger pula.

Resepi : Samosa Inti Burger
Bahan-bahan:
6 keping burger daging dicincang - Amie gunakan Burger Ramly
1 tin jagung manis - toskan air
1 batang lobak merah - sagat halus
2 biji bawang putih - cincang
1 labu bawangbesar - cincang
2 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak
kulit popia secukupnya
1 biji telur - pukul ringan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari. Gaul rata.
3. Besarkan api dan terus masukkan cincangan burger daging bersama lobak merah dan jagung.
4. Gaul sebati.
5. Perasakan dengan perencah MAGGI Cukup Rasa. 
6. Kacau beberapa kali dantutup api. 
7. Angkat dan toskan kuah / minyak.
8. Untuk membungkus dengan cara yang betul sila klik DI SINI ye...


Minta maaf sekali lagi... tak dapat ambil gambar inti di dalamnya sebab ketika gambar di ambil, jam sudah menunjukkan pukul  5 petang.... Encik Suami sudah lama menunggu di pintu pagar sebab nak ke kampung ambil Firdaus! Amie pun tak sempat nak makan... terus lari capai tudung kepala masuk kereta... tapi harap-harap balik nantinya adalah beberapa keping untuk kami, sebab tahu-tahu sajalah... kalau dah ada samosa begini memang 'tukang makan' di rumah jadi naik hantu!

3 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Sedapnya... suka makan samosa cuma tak berapa rajin nak buat sendiri. hehehe...

CikLily Putih berkata...

nampak sedap resipi pun mudah, nak cuba buat gak la..

mama sara nur berkata...

Assalam
Sedapnya, inti daging burger
Blh try nanti