ADSENSE

Ahad, 11 Mei 2014

Hari Ibu.... saya benar-benar menangis!

Selamat Hari Ibu.... buat yang bernama ibu, emak, mama, ummi, mummy dan yang sewaktu dengannya!


Keluarga Encik Suami bercadag untuk menyambut hari ibu beramai-ramai di kampung pada malam ini. Amie pun bersedia untuk masak apa yang patut untuk dibawa ke kampung.
Encik Suami, Farid & Fairuz ke tempat orang kahwin. Tinggallah Amie bersama Fuad & Firdaus yang tidur-tidur ayam.... Menjelang tengahari, pulanglah orang yang katanya pergi tempat orang kahwin. Macam riuh-riuh bunyinya di depan pintu... Masuklah Fairuz membawa sejambak bunga carnation putih dengan kotak kek! Oh! Encik Suami beli kek untuk dibawa ke kampung rupanya!



Encik Suami kata... sambutan di kampung malam nanti lain, yang ini kita sambut di rumah! Oh! Tidak semena-mena Amie terbayang beberapa tahun lalu... Farid, Fuad & Fairuz rajin menulis sesuatu dan melukis di atas kad untuk Hari Ibu.... entah di mana kad-kad itu Amie simpan! Rindu rasanya ingin menatapnya kembali...


Terima kasih Encik Suami dan anak-anak kerana membuatku rasa sungguh terharu pada hari ini....


Sungguh....! Air mata ini tidak mampu dibendung dari terus bergenang di pelupuk mata! Bila masanya kamu semua menyiapkan ucapan di atas siap simpan dalam frame lagi!
Terima kasih anak-anak mummy sayang, terima kasih Encik Suami.... terima kasih semua! 
Hari ini memang Mummy benar-benar menangis!

7 ulasan:

Acik Erna berkata...

Selamat hari ibu Amie..sungguh bermakna ..terharu dengan ingatan suami dan anak2 ye Amie

Cheq Sue berkata...

-_- belum kahwin lagi tapi dah nangis tengok frame tu kak amie, besar maknanya kan!!

rahel berkata...

Bahagianyaaaaaa...selamat hari Ibu.

Hayati berkata...

mesti idea dari bapa. Bertuah Amie.

adda syuhada berkata...

Kita plk rasa terharu K.Amie....

Rizziela berkata...

bestnya...betuah Amie

ct cucubi berkata...

Selamat hari ibu akak!